Thursday, December 22, 2011

si Kecik dan si Besar




istilah yang sangat bermakna buat diriku dan juga dirinya :)


ada janji..ada ingatan..ada kenangan..


bersama si dia..




demi menuntut janji Allah yang satu,kami melestarikan kata-kata


"kita bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah dan kita akan bertemu kembali kerana Allah jua ^^ "




ada doa yang tak pernah putus antara kami..dan itu yang menjadi penguat untuk persahabatan yang sangat bererti ini..




andai kesudahan yang terbaik itu bukan milik kita..maka ketahuilah, telah terukir satu nama indah yang akan menjadi pendamping dan bidadari Syurgamu kelak :)




janji Yang Esa,jangan dipertikai,kan ? :)


apa pun,bagi yang merasa sangat sukar untuk melepaskan insan tersayang buat masa ini,kerana sudah terbiasa sentiasa bersama dia,maka jangan kau gusar,kerana ada baiknya dikau menangis kerana sakitnya meninggalkan atau ditinggalkan sebelum melangkah ke alam yang lebih parah dan derita sakitnya apabila kau ditinggalkan.. :) mengertikah?




kerana 'wanita yang solehah itu untuk lelaki yang soleh'


janji yang tersemat kemas dalam WahyuNya yang pasti.,jadi tidak perlu untuk diragui :)


insyaAllah apabila keyakinan terhadapNya telah menjadi sebahagian dari diri kita,maka qada' dan qadar yang ditetapkna akan menjadi sesuatu yang sangat membahagiakan kita pastinya :)




buat si soleh dan solehah diluar sana, berpeganglah pada janji Allah..


rebutlah cinta Sang Pencipta,nescaya cinta lelaki dan wanita solehah turut kau miliki :)




buat diri ini..


dan dirimu jua....


semoga bertemu dengan jalinan yang telah menjadi ketentuan Yang Esa ;)


No comments:

Post a Comment