Saturday, April 13, 2013

Al-Resepi Dua ^__^

assalamualaikummmm ! ^___^ 

den rajin cket hari ni , pegi billion cari barang2 dan bahan untuk buat puding dan sebagainya .

dan setelah diteliti ,

perkara yang paling simple dan senang nak buat kali ni ,

agar-agar oreo bercoklat  ! :)))

very2 da simple , haha *jangan kutuk bi saya kay !  :p

okay kali ni tak copy paste da resepi , sebab ada orang cakap saya PEMALAS ! 

cessss =='

mule2 didhikan agar2 tuu dalam periuk laah , jangan buat dalam jug pulak . haha

masukkan sekali gula and air lahh kan .

banyak mana ? alaaaa . *punyelaa pemalas . huhuhu

air agak2 laa kan utk paket agar2 yg kita guna tuu .

gula pulak , tadi saya pakai dalam 6sudu besa kot . fine , lupaaa =.=

oke dah jangan tanya pasal kuantiti . haha

then bila dah mendidih and agar2 dah beransur...

haa bolehlaaa masukkan susu cair , SATU TIN . heeew 

so dah larut sume ,asingkan pulak . buat dalam dua periuk .

yang lagi satu tu , campur dengan milo .

keep the fire small . hahaha *taw sangat buruk bahasa ni .

sebagai penghias je kay , hehee

semakin banyak milo , semakin sedaplahh rasanya nanti * hipotesis .

then bila milo dah larut pe sume ,

boleh laaa masukkan setengah atau banyak mana pun takpe , dalam loyang .

ni contohnya :)



okey ni kira lapisan pertamalah ^___^ nipis2 jee , sedap jugakk . huhu

then tunggu sampai lapisan pertama ni dah agak mengeras , boleh laa tuang lapisan kedua iaitu agar2 yang asli tadi , hok putihh tuuu ..heee

masa ni saya tak sempat snap pic sebab agak kelam kabut tadi --'

lepas dah tuang , taburlahh oreo .

patah2kan oreo jadi dua or tiga camtu.. pakai satu paket taw ! dan tak perlu asingkan krim dia .

tabur kat agar2 yang asli tadi tu..then tunggu ia mengeras sikit , last step boleh laa tuang pulak lebihan agar2 yang campur dengan milo tadi..

pandai2 laa bajet agar2 tu supaya tak mengeras atas dapur .. dan jangan bagi agar2 yang dalam loyang tuu terlalu mengeras taw , sebab nanti dia tak melekat dengan lapisan atas dia . alaaa , pehe dok ?

tak paham buat2 paham jelah . hahahaa .

pastu dah siap ! simpan dalam peti ais lahh :))


tadaaaaaa !!! ni baru keluar wap beku . hahahaa .


heheee...potong sikit.....! amacam ? tak mengancam ke ? =.='


dan ni hasil potongan terbaik . hahahaa :D

soo , selamat mencuba ! simple :)

tadi baru siap ,

alhamdulillah , sekarang dah tak sampai separuh yang tinggal . hehe :p

No comments:

Post a Comment