Thursday, April 18, 2013

Amanah Cinta bersama Cream Puff :)

eheemm ! jam sekarang 0047 . dan mata tak menunjukkan tanda2 mengantuk lagi :D

sebabnya , baru sahaja lepas siapkan cream puff yang sebenarnya tak layak dapat nama Cream Puff . hiks !

sebenarnya malam ni adalah malam yang agak mengecewakan sebab plan nak pergi tengok nasyid Kamil Negeri besok , tak dapat diteruskan . huhh !

dari situlahh terciptanya rasa nak buat cream puff .

buat pun dengan tension2 dan , hahahah . hasilnya sangat best !

cream puff ni bahan2 dia takdelahh susah sangat . okay aje :)

tepung gandum , tepung jagung @ kastard , susu , gula , air , butter dan , haa tu jelahh .


ini untuk puff , mula2 :) macam ni je hasil dia . okay kalau tengok kat blog orang lain memang tak sama pun . hahahah :D



dalam oven , sebelum bakar :)


cuma nak buat tu yang rumit sikit .

sebenarnya saya yang menjadikannya rumit . sebab ?

bukak banyak sangat blog resepi dan tataw nak tengok mana satu , endingnya ?

campur semua . hahahah . tu yang pening dan , jadilah aneka rasa :D

okey dia ada dua step penting dalam pembikinan cream puff ni .

pertamanya untuk buat puff dia tu , dan keduanya untuk buat filling dia .

macam mana ? buat jelah macam2 mana pun . hehe .

dan ni lah hasilnya , 



buat sikit je , sebab selalunya percubaan pertama tak menjadi aka GAGAL =='



saya ni memang takde bakat nak buat mendalah2 ni kan ? sedihh :'(

tangan tak kreatif . tak pandai T_T

huhh , biarlahh . malas nak fikir :D

at least mencuba kan ? ;)

tengah2 buat tadi , ummi sampai .

ummi dengan abah keluar dinner kat mana entah .

dan saya pulak memang kalau ummi keluar , selalunya hanya kirim je makanan . 

ummi bawak balik dan makan kat rumah :)

kurang selesa makan kat luar . melainkan ramai2 gathering , memang syokkk ^__^

tiba2 ummi tanya pasal seseorang .

apa dia buat sekarang ? lama tak dengar cerita dari dia . aihh ? ummi rindu ke ? hahah .

ummi marah saya tanya camtu :p

dan sebab dia jugaklah cream puff saya terlebih masin . dia suka makanan yang masinnya Over !

ummi dia memasak kat rumah , boleh dia pergi tabur garam dalam masakan ? teghookkkk --'

dah apa kaitan dia dengan cream puff saya , sungguh tak paham =..=

saya jawab jelah , dia okay je , kot . sihat . baik2 je . kot . hahah . sebab hakikatnya tataw lah . rasanya dia bebaik je , harapnya macam tu lah ya :)

ummi cakap pulak , 

'ummi sebenarnya berkenan dekat yang hari tu tuhh , yang Abe n kakNor cakap tu ' *mereka ini sepupu saya .

kenapa berkenan dekat dia ?  

'entahlah , mungkin sebab dah nampak masa depan dia , dia dah kerja . Abe macam mana pulak , takkan lah Abe nak bagi yang tak molek kan , 30Juzuk tu bonus dia ' 

'tapi , dia nak cepat sangat . nak kahwin tahun ni kan ? memang tak laa ..tapi ummi dah berkenan dah '

dah sejak bila ummi tengok dia tu pun taktahu lahh :D

#Lumrah . mak ayah mesti nak yg terbaik untuk anak dia kan ? ;)

so tutup cerita . sebab saya tak berkenan --'

ummi , kakak taknak Ustaz . - terpancul pulak ayat ni kat mulut tadi . *habes laa :D

'ehh dah kenapa ? zaman sekarang ni susah nak cari yang betul2 boleh bimbing kita . ustaz tu laa okay taw , apa lah pelik anak ummi sorang ni ' - keluh Ummi --'

nak cover balik - bukanlahh macam tu maksudnya , kakak taknak yang terlalu Tawaduk . tak pasal2 bulan puasa tak boleh tengok tv langsung . solat lambat sikit kena marah . nakal sikit kena jeling *sambil gelak2 :D

ummi pandang takpuas hati .

-erm , okay tak . kakak gurau je pun . takpe dia nak marah pun . tak kesah dia nak tarik telinga pun . memang suka lelaki serius ni , betul . takpe *merajuk .

kali ni turn Ummi gelak . hahahahah . *jahattt =.='

'takdela sampai macam tu , Ummi tak kesah dia macam mana pun , tapi kalau dapat ustaz tu , better laa kan . boleh jaga anak ummi ni , dah yang sorang ni nakal , takkan lagi sorang nakal jugak ? kena ada yang boleh ingatkan kita masa kita kat bawah , macam tu laa' - bebel Ummi  . *touching japp*

yelaa ummi , paham jee . tapi Ummi jangan sesekali carikan Ustaz yang betul2 Ustaz . cari Ustaz yang sempoi , haaa itu best :D *angan2 jauh mak Limah oiii ~ huhuhu

paling penting , ummi pun tahu anak ummi ni macam mana kan , aktif nasyid tilawah sana sini . bab ni si dia kena paham . sebab ada member ni , dia selalu masuk pertandingan tilawah , lepas kahwin , dapat suami yang tak paham dan taknak bagi izin kat dia dalam soal ni , tak support langsung , teros dia berhenti bidang ni , ouhhhffff ! kejam ~ *turn saya membebel kat ummi .

'ye , itu memang laa . oo krenya nak yang sama2 nasyid dan tilawah jugak laa ni ? '

-Ouhh Ummi memahami , sayangggg Ummi ! :* 

huhuu , takdelahh . tak semestinya sama bidang . tak kesah dia macam mana , asalkan dia boleh paham , itu sudah cukop Ummi ku sayangg * bodekkk :p

iyee lahh cik kak oii , cream puff tu dah siap ke belum ? *soalan ummi mematikan lamunanku . hihihi 

dah2 , tapi esok baru boleh makan . ummi pergilah tidur dulu . *sementara cream puff ni dalam oven , saya teman ummi makan mee sedap --' ummi lapar sebab tadi kat restoran ummi tak makan sebab nasi dia tak masak , mentah katanya ummi . hahah . kesian betol :D

alkisahnya , Ummi saya seorang yang sangat dan amat memahami citarasa dan keinginan anaknya yang sorang ni , ThankYou Ummi ! :*

creamPuff dah siap , hati dah berbunga2 . heheww :p

sebelum masuk tidur , sempat merasa satu , dan ...

awak ! ini MASIN ....! awak tanggung >.<  hahahah . okey tu gurau je .


yang bertudung Biru itu lah dia Permaisuri Hatiku :')



Luv You Mom <3 Gudnite :)


No comments:

Post a Comment