Aku kira dia adalah
engkau .
Selama ini aku
melihatnya sebagai engkau .
Paras tidak serupa ,
Laku tidak sekata ,
Suara tidak sama .
Berkali-kali aku
mencuba ,
Memerhati dengan
segenap rasa .
Adakah itu engkau ?
Semakin aku cuba ,
mendekati .
Semakin pudar engkau
dek kabus malam .
Ahhh , jiwaku meronta
.
Mana engkau ?
Ternyata itu hanya
kenakalan tidur .
Engkau tidak ada .
Nyatanya bukan engkau
.
Entah mengapa terusik
seru si hati .
Kenapa bukan dia ?
Kenapa sukar sekali
mendekati bayangnya ?
Allah yang punya
jawapannya .
Usah dipertikai
ketentuanNYA .
Berlalu hati , pinta
dipujuk .
Oh sabarlah ,
Mungkin belum masanya
.
*tapi aku rindu .
Rindu mahu menatapnya
.
Jangan begitu , dia
bukan empunya diriku .
Saban waktu menanti ,
Mahu mimpi itu terus
menemani .
Namun perkiraanku
menjauh .
Tuhan hadirkan dia di dalam jagaku !
Pertemuan yang tidak
dirancang .
Menjadi titik
permulaan ,
Bukti dirinyalah yang
sering dirindui .
Selama ini hanya
menjelma dalam hati .
Kali ini tanganku
seolah mahu mencubit
Sekuat rasa yang ada
.
Aku tidak bermimpi .
Sungguh dia dihadapan
.
Menghilangkan segala
yang tidak pasti .
Oh Hati , kenapa begitu
sekali bergetar ?
Nafas tidak terkawal
,
Seolah dia lembaga
yang tidak punya nama .
Namun hakikatnya dia
adalah dia .
Insan yang ku tunggu
sehabis rasa ini .
Kemana hilangnya
rindu ?
Kemana menjauhnya
pilu ?
Tiada .
Kerana dia disisi .
Apakah dia bakal
Imamku .
Apakah dia bakal
pemuda yang
Menjadi kecintaanku .
Apakah dia yang akan
menjadi
Pemimpin rumah
Syurgaku .
Apakah dia yang akan
menjadi
Bapa mithali kepada
anak2ku .
Sungguh aku tak tahu
.
Aku tak pernah tahu ,
Apakah dia merasa
segala
Apa yang Tuhan beri
kepadaku .
Apakah dia tahu ,
Dalamnya rasa ini
padanya .
Mungkin dia tahu .
Mungkin juga dia
tidak pernah tahu.
Takutkah aku akan
kehilangannya ?
Sangat !
Lalu kenapa ?
Kerana hati ini mahu
memilikinya .
Mahu berpimpin dengannya
menuju
Daerah Syurga Abadi .
Bagaimana ? sedang
aku tidak tahu ,
Apakah dia layak .
Apakah dia mampu .
Lantas bertanya
kepada Iman .
Begitu sempurnakah
aku untuk menilai dirinya ?
Waras dan matang dalam
perlakuan ?
Sungguhpun ada
kelemahan ,
Itu pastinya untuk
diatasi dan diperbaiki .
Seperti juga aku .
Yang sama sekali
punya seribu satu kelumpuhan
Ahh kelemahan ,
Tiada siapa yang
sempurna !
*tiba2 si kecil hati
berkuak lagi .
Dia datang menyapa .
Ohhh , kemana harus
ku lari kali ini ?
Kenapa mahu lari ?
Kerana aku tidak
sanggup menemuinya
Dalam kejahilan diri
yang masih tersisa .
Aku mahu menjadi
seperti bidadari di matanya .
Seistimewa itukah aku
?
Tak mengapa , kerana
aku tahu .
Dia sentiasa istimewa
dihatiku .
Aku mahu menjadi
sebahagian dari pelengkap
Agama yang ada pada
dirinya .
Cinta , rindu dan
sayang ini aku ketepikan seketika
Untuk menagih agama
yang tergendala ini .
Bersama dia .
ALLAH , hamba mohon redhaMU :')
Andai Engkau tidak redha ,
segalanya sia-sia :'(
Astaghfirullah ..
No comments:
Post a Comment