Saturday, May 4, 2013

Kisah Dua Hari ~

Jumaat , jam 7 petang abah dan ummi bertolak balik kampung . Kelantan yang jauhh nun disana . saya dan adik2 pulak sepakat taknak balik . sebab ?

sekejap sangat . balik jumaat , sabtu pagi baru sampai . then ? Ahad lepas mengundi tu dah gerak balik . ohh tidaakk , penat ! lagi2 saya yang tengah enak bercuti ni , memang kemalasan laa nak ulang alik jejauh ni .

jem ? kompem ! dan budak mabuk kenderaan baiklah mengelakkan diri dr mendalah tu sume :D *terasa~

ada orang tu balik dr kl gerak sebelum jam 10 , 5 pagi dah sampai rumah . rumah dia area pasir mas kot . Salor . ummi gerak jam 7 , 9 pagi baru sampai Kemubu yang makan masa 3jam lagi nak sampai p.mas . ==' jem apakah itu macam ?

sebab lain ? niat dihati nak bawak adik2 pergi PWTC . malangnya , diri sendiri yang give up dulu bile terkenangkan betapalah ramainya manusia kat sana menjelang hari terakhir iaitu hari ini , Sabtu .

sepanjang dua hari kat rumah . saya lah ummi saya lah abah . nak cerita dr A-Z memang tak larat lah . sabtu temankan adik2 beli buku dan habeskan baucer kat Kajang . petang balik bersantai dan main Jutawan . hahah . saya lah jutawannya dengan angka RM 50 500.00 ! hekhek , bangga tahu ! :D kerah buat homework , kemas rumah . err , kemas ke ? rasa macam bertambah sepah je --'

kalau ummi ada , bersepah sikit je , mula lahh kan . #Lumrah . hehe . bila ummi takde ni , kalau bersepah pun , dalam hati .

'takpelah , kejap lagi lah kemas . bukan sepah sangat pun'

apa punya terok lahh ~

kalau ummi ada , boleh bangun lambat sikit , subuh ummi kejut . breakfast ummi sedia .bangun tidur tinggal nak NGAP je makanan . hahaah . * oke ini tipu je :D itu pemalas tahap kronikk --'

kali ni ummi takde , subuh nasib baik tak terbabas .  *subuh gajah pun tak okey ! :p

bangun pagi nak kena fikir , nak breakfast apa pagi ni ? adik2 dah lah jenis yang makan 25 jam . huhh ! baru je nak terlelap masa dok berfikir , datanglah suara2 yang sudah dapat di kesan sebab musababnya =..=

'kakak , lapar laaa . masaklaa ..'

what ?? masak dipagi hari ? nak masak apa ni ? *bahan dah restock dah sume . takde alasan . hahah . tapi gagahkan jugak diri ni , bangunnnn :(

siap2 kan makanan untuk dorang , kena pastikan dorang dah mandi . baju sekolah dah masuk machine , kasut sekolah dah basuh . homework kena buat . rumah kena kemas . dapur wajib lahh setelkan lepas masak . jemur pakaian dan sebagainya . *ohh ummi , bagaimana dikau bertahan ? T_T

lepas semua tu , TERDUDUK dan KEPENATAN yang teramat ! ya Allah , betapalah terasa gigihnya usaha seorang Ibu untuk memastikan yang terbaik untuk keluarganya :') *terima kasih Ummi ..

itu satu kerja , yang bukan kerja tapi terpaksa dijadikan kerja adalah meleraikan pergaduhan mereka . ini memang lah sangat tensionn !! haduiii ~ yang abang taknak mengalah , yang si adik pulak tak puas hati selagi tak menang . selagi abang tak diam selagi tu lahh si adikk bising . melawan ! Allah..selama ni ummi yang leraikan semua . ummi yang banyak 'membebel' bila dorang ni 'berperang' . saya hanya dengar dan tengok je . *tapi bila kakak ni dah bukak mulut , ha siap . kompem dorang akan diam . ada berani ? hehe .

ya Allah .. sesungguhnya dua hari ini amat2 lahh mengajarku , erti berdikari . buat segala kerja rumah . menghadapi adik2 yang bermacam kerenah . ada jugak mengadu kat ummi , ummi cakap .

'haa tahu pun , itu baru dua hari . kalau dua tahun macam mana ? belajar2 laa , bukan tak reti . malas tu je menguasai'

erkk ! amekk . kan dah kena . malas . ye memang malaslahh punca segala ! kau bersalah wahai malas !! hahaha :D :D

oleh itu wahai malas , mula hari ni jangan kau hinggap lagi dalam hidup aku . aku perlu belajar untuk bersahabat dengan RAJIN . ohh rajin , datanglahh kepadaku ~ kita kawan nak ? kehkehkeh :p *kalau lahh macam tu je , memang senang kerja kan ? huhh ~

renungan jauh sikit :

layak ke nak mendirikan rumahtangga dengan situasi yang macam ni senang pun saya rasa sangat sukar dan mencabar ? Allah .. dan.. tibe2 hati menyampuk .

'oit makcik , baru 20tahun lahhh !'

hahahah . okey tak payah berangan dahh ! :D

Ummi , Abah .. cepat balik please :'( tak sanggup dah.. balik lahh ummi.. :((( 

*sekarang kaki dah tak mampu nak bergerak dan berdiri lelame :'( buat kerja asik mengeluh je kat dapur.. sakit..sakitt.. sedihnya , kenapa lemah sangat ni Amniey .. hukhukhukk T_T

Esok macam mana ? Rabbi Assir Wala Tuassir :')

No comments:

Post a Comment