Monday, July 15, 2013

Lumrah Diri .

hmmmm . hari ni takde mood langsung nak buat apa-apa . tapi dalam keadaan mood yang menghilang ke mana tuhh , alhamdulillah selesai jugak meeting dengan AJK Kelab Nasyid . hipokrit maybe ? huhhhh..

banyaknya dosa kerana kurangnya airmata yang gugur keranaNYA .. Allahuuuu ~


sudah berkali-kali ku cuba bangkit ,
bangun dari kesalahan masa lalu ,
bukan tak pernah diberi kesedaran ,
bukan tak pernah diberi peringatan ,
namun jiwa degil mahu meneruskan .

di akhirnya ?
sendiri yang sakit ,
sendiri yang sedih ,
sendiri juga yang merintih .

kenapa masih mahu melalui jalan yang  berliku ,
sedangkan jalan lurus terhampar dihadapan ?
mungkin aku merasa diri terlalu hebat .
hinggakan tersangat yakin akan kemampuan diri untuk mengharungi jalan berliku .
tak sedar semua itu hanya khayalan .
tahap kesungguhan diri tidak seperti apa yang seharusnya ada .
masih tidak mahu mengalah ?

manusia seperti apakah aku ini ?
mahu dicintai Tuhan tapi diri sendiri masih thabit melakukan dosa .
kecil atau besar , ia tetap dosa bukan ?

bukan sekali , bukan dua kali .
namun berkali-kali Allah menguji .
bukankah itu tanda Dia mengasihani ?

Allah .. kini ku mengerti ,
Istiqamah itu tidak mudah .
ianya sangat PAYAH . susah .
aku diibaratkan manusia yang apabila diberi hadiah ,
aku tersenyum , suka , gembira .
namun saat tidak diberi apa-apa , 
aku menjadi duka . hiba .
sama sekali tidak mengenal erti mensyukuri apa yang pernah KAU beri .
hanya mahu menerima tanpa memberi .
Kufur Nikmatkah aku ini ?

Muhasabahlahh Shamimie Amni ,
Allah tidak memberi bukan kerana tidak mencintai ,
Allah itu mahu terus menguji ,
sedalam manakah Imanmu saat Dia tidak memberi .

Malu .
itu yang menyelubungi diri .
moga ALLAH mengampuni ,
dosa yang sedari dahulu hingga kini ,
buktikan cinta dan sayang pada Dia yang Hakiki ,
dalam sujud mahupun berdiri ,
kerna meskipun Dia masih belum memberi ,
Hikmah di hadapan setia menanti ,
pacakkan pada hati ,
ini lumrah Insani ,
bahagia datang selepas menangisi .




aku masih bermimpi . mimpi indah yang sebenarnya tidak indah . menafsir mimpi itu bukan perkara mudah . Akal Allah beri pergunakanlah . semoga yang terbaik itu untuk diriku . khilaf , berdosa , itu AKU . 

Astaghfirullahalazim :'(

No comments:

Post a Comment