Sunday, October 30, 2011

Kahwin dulu baru boleh Dating ~




ramai sungguh manusia zaman sekarang ni yang senang-senang je nak ajak anak dara orang keluar 'lepak' sana sini. wah wahh..ada pulak ibu bapa yang benarkan anak-anak mereka bersosial dengan alasan..
'jangan la jadi orang tua yang tak sporting'
'ala biasala anak-anak muda sekarang kena diberi kebebasan sikit'
'open-minded la sikit,takkan taknak bagi anak-anak bergaul? mereka pun dah besar,boleh fikir sendiri'

wahh..mesti seronok anak-anak yang ibu bapanya berfikiran sedemikian rupa. memang..sporting ye? yang sporting tu lah nanti yang akan diyanya serba-serbi tentang perlakuan anak-anak.bila ditanya anak-anak akan menjawab " ibu bapaku memberi izin dan tidak melarang"
jadi apa kata ibu bapa pula? azab lah jawabnya.
ada juga yang memberi alasan,kami tidak belajar agama,tidak tahu tentang semua itu.
jadi hidup di dunia ini untuk apakah? berani jawap tidak pernah belajar, jadi jawablah,kenapa tidak pernah berusaha untuk belajar?

nauzubillah.
semoga ibu bapa pada hari ini akan sentiasa diberi Hidayah dariNya^^
renungan untuk diri ini terutamanya ~

cAdBuRy Ku :)



"cadbury blackforest"
the best ever =) terima kasih kepada pencipta cadbury ku. sangat sedap.sangat lazat.ingin cuba ? anda tidak akan rugi =)
akan menjadi santapanku di saat aku :
-lapar
-boring
-tension
-teringatkan seseorang
-dan cadbury ni singgah di mata ku pada bila bila masa dan di mana jua =)

sudah cuba? pasti anda akan berkata "kamu seorang yang jujur"
belum cuba? pasti terasa ingin mencuba .
selamat mencuba ^^

Dia..


Dia..
Sape nakal? Dia.. sape selalu buat masalah? Dia.. sape selalu buat hati ni sakit? Dia.. sape dia tu?? Dia.. dia lahh..seseorang yang amat bermakna buatku..dalam hidupku ini, sememangnya dia sering sekali melukakan hati ni.. sering berkasar denganku..sering menuduhku..sering membuat hati ini geram,sakit..dan.entahlahh..macam macam yang ku rasa bila dia ada bersama..
Tapi bila dia jauh…hati ni macam..risau..tak tenang..gundah je,,..kenapa enth??
Mungkin rindu..rindu untuk dengar suara dia yang selalu marah-marah.. rindu nak tengok muka dia yang sering sekali buat adik-adiknya menangis dan tak keruan sebab dia..nakal kan? Tapi dia..ada istimewanya dimata dan hati ini..
Ku harap dikau mengetahuinya.. sebagaimana pun dirimu..nakal,..pemarah..namun masih ada yang amat menyayangimu..tidak percaya? Sebak sungguh hati ini tatkala mendengar cerita yang bukan-bukan tentang dirimu.. seolah-olah..tiada yang baik..semuanya buruk bila berkenaan dirimu..
Menitis air mataku ini… kenapa begitu sekali mereka menilaimu? Apa salahmu? Apakah benar engkau yang sedemikian rupa??... tidak ku percaya.lantas..bila ku jujur padamu..meluahkan segala yang terbuku dihati ini…aku dapat lihat,jauh disudut hatimu..kau bukanlah seperti yang mereka katakan… kau istimewa buatku pastinya… aku juga dapat merasakan betapa kau menyesali dengan segala apa yang telah mereka katakan tentangmu.. namun percayalah, aku tahu kau akan berubah. Bukan begitu?
Umi dan abahmu juga sangat menyayangimu.. begitu juga aku.. dan kerana sayang inilahh..aku ingin kau menjadi yang terbaik dimata semua..kerna ku tahu,dirimu yang sebenar adalah seorang pahlawan soleh yang sedang berjihad untuk menegakkan keadilan dimuka Bumi Allah ini..bukan begitu? Justeru itu, aku disini..walaupun aku tidak dapat sentiasa berada disisimu,namun doa dan kepercayaanku ini akan seiring dengan perjalananmu dalam menutuntut ilmu Allah ini..
Jangan risau,jangan gundah..biar semua orang mencacimu, biar semua orang membencimu..biar semua orang menggapmu tidak baik,.namun mereka buta tentang satu hal.. mereka juga sedang diperhatikan oleh Allah tentang perbuatan mereka itu..
Aku percaya..telah tersurat takdir terindah untukmu di atas sana.. kerna Dia yang di Atas sana lebih berkuasa..Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dihati setiap yang bernyawa ataupun tidak bernyawa…
Doaku untukmu….semoga segala pengorbanan dan istiqamahmu akan mendapat kebaikan dari Ilahi.. aku sentiasa disisimu…sebagai seorang yang akan sentiasa mendorongmu untuk setiap kebaikan dan perjalanan hidupmu..
Kerna aku..insan yang bergelar KAKAK untukmu..dan kau.. ADIK yang amat aku sayangi..< 3