Tuesday, April 30, 2013

Kau Yang Ku Gelar Sahabat :)




 kau yang ku gelar Sahabat

sering menjadi peneman setiaku

kala sepi kala duka

wajahmu tetap mengukir senyuman

membuat hati gundah menjadi sinar



kau mengingatkanku tentang Dia selalu

membuatku semakin mencemburui

cemburu kerna tidak seteguh dirimu

khuatir Allah lebih memilih dirimu



sangkaanku kau cantas dengan semangat baru

Yang Esa punya seluas kasih sayang

jangan gusar dengan cintaNya

segalanya membatasi waktu dan ketika



jangan sahabat

suatu ketika kau tinggalkan ku

aku belum mampu hidup dengan tiada engkau

engkau yang selama ini disisi



Allah itu segalanya kepada hamba

jangan sesekali menduakan Dia

hidup yang sementara adalah amanah

buat bekalan di Daerah sana



aku mahu bersamamu

sahabat seabadi dunia pinjaman

juga ditaman yang kekal di Sana

bawaku ke sana

aku mahu bertemu Dia



^___^


:')




 :)) bertemankanmu Sodiqi

Tuesday, April 23, 2013

Layakkah aku untuk Jatuh Cinta ?

aku sudah jatuh cinta .

aku sedar dia lah yang selama ini menjadi pujaanku .

setiap saat aku merindukannya .

eeeuuuuwwwww ! GELI . titik .

jatuh cinta ya ? jom kita muhasabah dulu .

dah cukup ke belum list2 kat bawah ni sebelum nak jatuh cinta tu ?

Bismillah :))

*pertama dan utamanya , nak jatuh cinta , kalau time  solat tu , ada tak perasaan takut2 , solat kita ni Allah terima ke tak ? sah ke ? sempurna ke tak ?

*keduanya , bila keluar rumah atau ke mana2 , aurat tu mampu cover dah ke belum ? dari sekecil2 perkara , stokin , tudung yang tutup dada , lengan baju yang sempurna penutupannya dan semualah ? dah ke belum ?

*puasa , selalu ganti time bila ? akhir Syaaban ke ?  ke Qada' untuk dua tahun terus ?

*dengan sahabat2 , perasaan sayang tu memang tersemai kerana ALLAH atau semata2 untuk ramaikan geng ?

*dengan ahli keluarga , kasih sayang tu membatasi segala ke tidak ? atau pergaduhan tu dah jadi makanan asasi dalam kehidupan ?

haa , pelik ? kenapa perlunya semua ni ? nampak simple je kan ? benda biasa lahh . ha jangan nak biasa sangat , setiap darinya , perlu kita amik berat .

apa kaitan jatuh cinta dengan solat ? jatuh cinta dengan Ibadah itu merupakan kewajipan kita sebelum nak jatuh cinta dengan insani . jangan jatuh cinta dengan manusia sebelum berhasil jatuh cinta tentang kewajipan kita :) serius , anda takkan menyesal . bila solat khusyuk , tenang..terasa sempurna dan sah solat kita , perasaan kita automatik akan bertambah cemerlang gemilang terbilang terhadap orang yang kita cinta tu . cemana pulak ? yelahh , ikhlas dalam Ibadah , maknanya kita berjaya berkomunikasi dengan ALLAH :) kita berjaya meraih cinta ALLAH . dan janji ALLAH untuk hamba yang menurut segala perintahNYA tu pasti kan ? insyaALLAH . berbanding cintakan seseorang sebelum mengenal cinta Allah , kita takkan dapat hasil pun :')

aurat masih terdedah sana sini ? macam mana nak jatuh cinta ? sekarang pun kita tak kesiankan ayah kita yang nampak je tenang , kerja dalam aircond dan ofis cantik apa bagai , hakikatnya kita dah pun tempahkan tiket untuk ayah kita ke neraka tahu tak ? hati batu ke apa kita ni , tak cukup dengan ayah , dengan orang yang kita cinta sekali kita nak heret ke neraka ? nauzubillah . yang pakai tudung tu dah cantik dah , dada pulak nampak . baju pulak pendek tak sampai ke paras punggung . ketat pulak ? alaahai , sedangkan hukum wanita mengandung . WANITA MENGANDUNG tu hukum bagi mereka kalau pakai baju yang menampakkan susuk perut mereka yang sedang memboyot tu, HARAM tahu.. haa . itu mereka yang mengandungkan anak  . kita ni ? mengandungkan makanan je pun . apatah lagi kan ? tak susah pun awak :)) tak semestinya pakai jubah , besar2 , kain tebal . takk .. pakai blouse , skirt panjang tak jarang tuu , pakai seluar slack ke , wahh .. cantik sangat dah tu , pakai stokin ,  tertutup lah kan ? simple :) Islam itu mudah , tapi jangan sesekali kita mudahkan .

puasa kita pulak ? haa , jatuh cinta dengan manusia , tapi puasa tak cukop ? itu normal sebenarya . huhu . puasa yang tak cukop tu tak diganti ? ataupun ganti , last2 minute ? alaaahaii , susah sangat ke ? kat situ pun nampak dahh , sama lah macam Ibadah solat kita tadi , tingkatkan :)


macam mana pulak kita dengan adik beradik kita ? kawan2 kita ? 'air yang dicincang takkan terputus' kan ? ini perumpamaan untuk hubungan kita dengan ahli keluarga . kalau dengan family pun kita tak boleh nak berbaik2 , mesra alam dan sebagainya . apakah kita layak untuk jatuh cinta ? apakah kita layak untuk melebihkan manusia lain berbanding keluarga kita sendiri ? kat mana kita letak harga atau nilai kekeluargaan kita tu ? nak campak mana ? :) fikirkan , kita bukak je mata , kita nampak ayah . kita menangis lapar , kita kenal ibu . kita bosan main sorang2 , kita bertemu adik beradik yang lain . umur menaik sikit , kita kenal dengan kawan2 kita , jadi ? patut ke kita pinggirkan yang utama ni untuk yang kat belakang tu ? yang belum pasti pun akan kekal dengan kita , yang belum tentu mampu dan boleh sayangkan kita macam dorang tuu ? jangan jadi 'kacang yang lupakan kulitnya' :))

kalau yang kat atas ni dah terjawab , anda sendiri lah tentukan . layakkah aku untuk jatuh cinta ? masa depan aku sendiri macam mana ? penerimaan keluarga nanti bagaimana ? lainlah , kalau anda jatuh cinta itu untuk saja2 . suka2 . haa itu terpulang . tak perlu fikir solat , keluarga dan sebagainya . fikir DOSA PAHALA je :)

secara peribadi , kalau saya sendiri . bohonglahh kalau tak pernah jatuh cinta kan ? :)

tapi untuk diri saya , bila saya jatuh cinta . perkara pertama saya akan fikirkan .

apakah Allah akan redha dengan akhlak si dia tu ? ummi abah boleh terima ke kehadiran dia nanti ? agamanya bagaimana ? kalau tidak okay , masih boleh dibentukkah ? kalau dah okay , akan berkekalan begitukah ? siapa tahu kan ? dan , bolehkah dia jadi pemimpin untuk mencapai matlamat yang satu tu nanti ? biarlah , kita jadi seorang yang pentingkan diri . biar apa orang nak kata . motto kita ,

'aku nak , dia bawak aku pergi Syurga . aku nak , dia tolong aku untuk mudahkan urusan aku kat Negeri Abadi nanti . aku nak dia macam tu ,'

selfish kan ? takpe , selfish dalam hal ni amat dituntut :) kalau dia berjaya bawak kita ke Syurga , maknanya kita tak bersendirian , kita ada dia bersama2 :') kata nak sama2 kan ?  insyaALLAH ~

^___^



Friday, April 19, 2013

Buddy Kesayanganku :)

assalamualaikum Cinta ! <3

sudah tersangat lewat , tapi mata masih tak mahu tutup :(

*sesuatu yang bermain difikiran menghalang saya untuk tidur sebenarnya :p

kali ni , saya nak cerita pasal seseorang . dia istimewa . sangat :) nama dia sedap , NUR AISYAH bt FAUZI dan panggilan manja kami yang rapat dengan dia , KAKCIK :) kami kenal masa umur kami sama2 13tahun aka Form1 . kami bersekolah di Maahad Muhammadi Pasir Mas ( MMPM )

 masa ni , saya takdelaa rapat sangat dengan dia . sebab tak sama kelas . dia ada geng . saya pun ada geng sendiri . huhu . kami kenal pun sebab nasyid . haa dia geng saya masa mewakili nasyid sekolah :) lepas tu , form2 saya pindah SAMTEN , dia masih di sana .  sangat2 jarang kami contact dan rasanya boleh dikira lah kott berapa kali  . tapi tak pasti lah berapa kali . hee :p sampai lah habis sekolah , jumpa balik kat KIAS . masa ni orentasi , saya kat sana tak kenal siapa2 . jumpa dia , wahhhh ! teruja ! :D



hikss ! ni dia orangnya . cantik manis kan ?? ;)  okey act saya tahu dia tak suka saya pakai gambar ni , but this is my blog . ikut suke saya lah , boleh tak cik ? hahah . sayang , serius awak nampak cute dalam gambar ni :))) sangat ~

okey sambung cerita .

masa dekat KIAS tu , minggu orentasi . saya memang berharap dekat dia je laa . sebab dia je saya kenal . saya ni dah laaa jenis yang susah nak kawan or bertegur dengan orang tak kenal . tak mesra dan tak peramah . I segan laa U . hahahah . tolonglahh percaya :D

then , secara kebetulan kami amik kos yang sama .

DIPLOMA QIRAAT DAN TARANNUM :)



alhamdulillah , bilik kami pun dekat2 je , huhu . so bermula saat tu laa tercipta dan terjalin kembali persahabatan kami yang hambar dulu :') kat Kias , dia banyak membantu saya . sangat banyak sebenarnya . huhu . nak tahu NUR AISYAH FAUZI ni cemana orangnya ? haa , ni antara ciri2 sahabat saya yang sorang ni :)  *cik jangan marah :p

* dia budak bijak bahasa arab , b.i , qiraat , alaa senang cerita semua lah dia boleh . hahah . nak sebut satu2 tak habes kangg .

*aisyah fauzi ni , dia kalau buat kerja , memang nak perfect ! maksudnya , dia buat sesuatu nak kemas , cantik , berjalan lancar . kan bagus tu :) kalau harapkan saya , memang tataw lah cemana gaya kerja saya :D okay itu rahsia !

*dia ni kalau ada masalah , agak cepat 'menggelabah' . huhu . bukan menggelabah apa , maksudnya kat sini , dia perlukan sape2 untuk tenangkan dia , coolkan kehangatan dia , rileks kan keadaan . haa tu dia :)

*kalau bab tidur ? dia tak boleh tidur sorang :D pernah beberapa kali , kalau time dia tidur lewat sebab tak boleh tidur atau buat kerja apa2 , tengok2 budak bilik dia semua dah tidur , haa time ni dia akan mesej saya . hehew . dia akan tanya 'mie...dah tidur ke ? budak bilik saya semua dah tidur..saya sorang je,huhu takutt' haaa nampak tak ? manja kan ? :D ini salah satu sifat dia yang saya suka ;)

*minggu balik ? wajib dia balik . tinggal lah saya sorang2 . haha . selalunya bila ditanya 'awak balik minggu ni ?' dia akan jawab 'tak kot , taktahu lagi..niat taknak balik , tengoklah macam mana' hehehe , anak manja mana boleh tak balik kan ? tapi selalunya dia balik bersebab lahh , takdelahh saja2 . ada kerja , dia balik . kalau tak , dia takkan tinggalkan saya . kan awak ? :p

*kalau buat assgment dengan dia , hahahah ! ini part paling kesian . keseluruhannya , kami ni sama je . suka buat kerja last minute . tapi dia akan beringat lebih awal dari saya . saya memang betul2 last minute punya orang :D so setiap kali dia ingatkan ,saya akan ingatlah masa tu , then lepas tu lupa lagi . kihkih . saya tahu dia banyak sangat bersabar dengan saya :') itu yang buat saya bertambah sayang dekat dia <3

*rahsia saya ? rahsia dia jugak :) rahsia dia ? setengah je jadi rahsia saya :D hihi , saya tak kesah . masing2 ada hak kan . tapi saya , apa je saya tak cerita kat dia ? rasanya semua benda saya cerita :D dia memang setia je mendengar . bab mendengar , dia sangat bagus :) tak mengecewakan sape2 insyaallah :p

*insan istimewa ? haa ini agak privacy sikit , tapi nak sebut jugak . hahah . takdelah . nak kata dia dah kompem akan kahwin dengan sekian sekian , tak jugak . kan ? tapi saya tahu ada seseorang yang sedang cuba nak tawan hati dia :) *eh awak tu , awas eh kalau sakitkan hati dia ?! dia kawan saya , tahu kan ? :D




okey done bab perangai . hehe , harapan saya untuk hubungan ni ?

mana ada manusia hidup tak gaduh kan cik ? kami pernah gak gaduh , jarang sangat2 sebenarnya . tapi rasanya perasaan takpuas hati ada je selalu kan ? hahah . cuma disembunyikan selalu . sebab niat nak jaga hati masing2 :) alhamdulillah . dan saya sangat berharap , ukhuwah kita ni , akan berkekalan hingga ke Syurga sana cik :') saya dengan dia memang selalu saling ingatkan pasal apa2 je , tak segan . tak takut kena marah ke apa :) sebab apa ? kami nak sama2 berpimpin tangan hingga ke Daerah Abadi nanti . kan ? ehh ! jangan cakap awak nak berpimpin tangan dengan dia je ? saya ??! hahahah . okay tak takk , gurau je :p




saya dengan kakcik :))

so , dikesempatan ni , saya nak mintak maaf dengan awak cik . atas segala salah silap saya . saya sahabat awak yang nakal , kadang2 jahat . kadang2 pelupa benda2 penting . kadang2 tak mampu nak jadi telinga untuk awk luahkan apa2 , mata untuk bantu awak masa awak mengantuk , hhuhu . sekarang cuti , kita jauh kan ? tapi alhamdulillah . keep in touch selalu . saya selalu je whatsapp dia cerita apa2 . dia pun sama :) tapi cerita saya , dia pening nak paham . kehkeh :p



saya lupa ! dia ni jugak , merupakan satu2nya sahabat saya yang paaaaalllliiiinnnnnggggg jinak dengan KUCING ! hehe ~ saya bukan penggemar kucing dan kalau pergi rumah dia , ya ALLAH .. anda akan tahu bagaimana mulianya hati dia dan keluarganya bab kucing nii . seriusss :')

dia sahabat saya , dia PENCINTA KUCING . comel kan ? dia ada jugak bantu2 saya untuk menjinakkan diri dengan kucing , malangnya , usaha selalu menemui jalan buntu sebab saya tak pernah bagi peluang ! hahah .

cikk , Thanks for everything . awak Buddy Saya , Dunia Akhirat , InsyaAllah :)))

dan mr.Awak lagi sorang !! ingat pesanan saya ? nak buat cara nak , ajak kahwin dan bukan couple ! taw ?? haa , jangan jangan buat sahabat saya menangis sesekali pun . nahas awak yee mr.Awak :) *huhu , amaran Chomell :D

Aisyah Fauzi , I LOVE YOU :)


Thursday, April 18, 2013

Amanah Cinta bersama Cream Puff :)

eheemm ! jam sekarang 0047 . dan mata tak menunjukkan tanda2 mengantuk lagi :D

sebabnya , baru sahaja lepas siapkan cream puff yang sebenarnya tak layak dapat nama Cream Puff . hiks !

sebenarnya malam ni adalah malam yang agak mengecewakan sebab plan nak pergi tengok nasyid Kamil Negeri besok , tak dapat diteruskan . huhh !

dari situlahh terciptanya rasa nak buat cream puff .

buat pun dengan tension2 dan , hahahah . hasilnya sangat best !

cream puff ni bahan2 dia takdelahh susah sangat . okay aje :)

tepung gandum , tepung jagung @ kastard , susu , gula , air , butter dan , haa tu jelahh .


ini untuk puff , mula2 :) macam ni je hasil dia . okay kalau tengok kat blog orang lain memang tak sama pun . hahahah :D



dalam oven , sebelum bakar :)


cuma nak buat tu yang rumit sikit .

sebenarnya saya yang menjadikannya rumit . sebab ?

bukak banyak sangat blog resepi dan tataw nak tengok mana satu , endingnya ?

campur semua . hahahah . tu yang pening dan , jadilah aneka rasa :D

okey dia ada dua step penting dalam pembikinan cream puff ni .

pertamanya untuk buat puff dia tu , dan keduanya untuk buat filling dia .

macam mana ? buat jelah macam2 mana pun . hehe .

dan ni lah hasilnya , 



buat sikit je , sebab selalunya percubaan pertama tak menjadi aka GAGAL =='



saya ni memang takde bakat nak buat mendalah2 ni kan ? sedihh :'(

tangan tak kreatif . tak pandai T_T

huhh , biarlahh . malas nak fikir :D

at least mencuba kan ? ;)

tengah2 buat tadi , ummi sampai .

ummi dengan abah keluar dinner kat mana entah .

dan saya pulak memang kalau ummi keluar , selalunya hanya kirim je makanan . 

ummi bawak balik dan makan kat rumah :)

kurang selesa makan kat luar . melainkan ramai2 gathering , memang syokkk ^__^

tiba2 ummi tanya pasal seseorang .

apa dia buat sekarang ? lama tak dengar cerita dari dia . aihh ? ummi rindu ke ? hahah .

ummi marah saya tanya camtu :p

dan sebab dia jugaklah cream puff saya terlebih masin . dia suka makanan yang masinnya Over !

ummi dia memasak kat rumah , boleh dia pergi tabur garam dalam masakan ? teghookkkk --'

dah apa kaitan dia dengan cream puff saya , sungguh tak paham =..=

saya jawab jelah , dia okay je , kot . sihat . baik2 je . kot . hahah . sebab hakikatnya tataw lah . rasanya dia bebaik je , harapnya macam tu lah ya :)

ummi cakap pulak , 

'ummi sebenarnya berkenan dekat yang hari tu tuhh , yang Abe n kakNor cakap tu ' *mereka ini sepupu saya .

kenapa berkenan dekat dia ?  

'entahlah , mungkin sebab dah nampak masa depan dia , dia dah kerja . Abe macam mana pulak , takkan lah Abe nak bagi yang tak molek kan , 30Juzuk tu bonus dia ' 

'tapi , dia nak cepat sangat . nak kahwin tahun ni kan ? memang tak laa ..tapi ummi dah berkenan dah '

dah sejak bila ummi tengok dia tu pun taktahu lahh :D

#Lumrah . mak ayah mesti nak yg terbaik untuk anak dia kan ? ;)

so tutup cerita . sebab saya tak berkenan --'

ummi , kakak taknak Ustaz . - terpancul pulak ayat ni kat mulut tadi . *habes laa :D

'ehh dah kenapa ? zaman sekarang ni susah nak cari yang betul2 boleh bimbing kita . ustaz tu laa okay taw , apa lah pelik anak ummi sorang ni ' - keluh Ummi --'

nak cover balik - bukanlahh macam tu maksudnya , kakak taknak yang terlalu Tawaduk . tak pasal2 bulan puasa tak boleh tengok tv langsung . solat lambat sikit kena marah . nakal sikit kena jeling *sambil gelak2 :D

ummi pandang takpuas hati .

-erm , okay tak . kakak gurau je pun . takpe dia nak marah pun . tak kesah dia nak tarik telinga pun . memang suka lelaki serius ni , betul . takpe *merajuk .

kali ni turn Ummi gelak . hahahahah . *jahattt =.='

'takdela sampai macam tu , Ummi tak kesah dia macam mana pun , tapi kalau dapat ustaz tu , better laa kan . boleh jaga anak ummi ni , dah yang sorang ni nakal , takkan lagi sorang nakal jugak ? kena ada yang boleh ingatkan kita masa kita kat bawah , macam tu laa' - bebel Ummi  . *touching japp*

yelaa ummi , paham jee . tapi Ummi jangan sesekali carikan Ustaz yang betul2 Ustaz . cari Ustaz yang sempoi , haaa itu best :D *angan2 jauh mak Limah oiii ~ huhuhu

paling penting , ummi pun tahu anak ummi ni macam mana kan , aktif nasyid tilawah sana sini . bab ni si dia kena paham . sebab ada member ni , dia selalu masuk pertandingan tilawah , lepas kahwin , dapat suami yang tak paham dan taknak bagi izin kat dia dalam soal ni , tak support langsung , teros dia berhenti bidang ni , ouhhhffff ! kejam ~ *turn saya membebel kat ummi .

'ye , itu memang laa . oo krenya nak yang sama2 nasyid dan tilawah jugak laa ni ? '

-Ouhh Ummi memahami , sayangggg Ummi ! :* 

huhuu , takdelahh . tak semestinya sama bidang . tak kesah dia macam mana , asalkan dia boleh paham , itu sudah cukop Ummi ku sayangg * bodekkk :p

iyee lahh cik kak oii , cream puff tu dah siap ke belum ? *soalan ummi mematikan lamunanku . hihihi 

dah2 , tapi esok baru boleh makan . ummi pergilah tidur dulu . *sementara cream puff ni dalam oven , saya teman ummi makan mee sedap --' ummi lapar sebab tadi kat restoran ummi tak makan sebab nasi dia tak masak , mentah katanya ummi . hahah . kesian betol :D

alkisahnya , Ummi saya seorang yang sangat dan amat memahami citarasa dan keinginan anaknya yang sorang ni , ThankYou Ummi ! :*

creamPuff dah siap , hati dah berbunga2 . heheww :p

sebelum masuk tidur , sempat merasa satu , dan ...

awak ! ini MASIN ....! awak tanggung >.<  hahahah . okey tu gurau je .


yang bertudung Biru itu lah dia Permaisuri Hatiku :')



Luv You Mom <3 Gudnite :)


Wednesday, April 17, 2013

I'm Sorry but I Love You ;)



" mungkin kita pernah rasa 

tentang cinta

yang takdirnya

bukan untuk kita .

mungkin ini adalah cara

meluah cinta

tanpa berkata atau berpandang mata .

mungkin aku mencintaimu ,

walaupun engkau tak pernah tahu .

mungkin aku mencintaimu ,

tanpa lelah ataupun jemu .

i'm sorry but I love you ,

i'm sorry if I miss you ,

even if I can't have you ,

you know i'll always be there for you .

mungkin kita tak bersama di takdirnya

tak mengapa asal kau bahagia .

biar aku mencintaimu ,

biar tiada siapa yang tahu .

biar aku mencintaimu ,

dalam diam ataupun bisu "



bukan sekadar lagu . 

nasib baik tak boleh nyanyi balik je :D

tak . lirik dia takde kaitan pape pun .

lagu dia tak best pun . saje post .

serius tak minat pun Najwa Latif ni . hehe

boleh ke macam tu ? =.='

dalam hati , siapa tahu ?

ada , ada maknanya :)

bak kata Najwa ,

biar tiada siapa yang tahu .

biar aku mencintaimu 

dalam diam ataupun bisu :')

sweet ? 

sakit kottt =..=

but , I still Love You ~

jauh dilubuk hati ,

hati yang tak pernah menipu .

kerna setiap kata2 si hati itu ,

rujukannya adalah Yang Esa :)

doaku ?

semoga rasa ini berkekalan .

kerna ini bukti ,

daku mempunyai Fitrah suci itu .

mahu mencintai dan dicintai .

cuma , semoga ianya tidak tersalah letak .

buat pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul ;)

^__^

Tuesday, April 16, 2013

Kek Coklat Moist ~

huhh . penatt =..=

benda yang sepatutnya amik masa xsampai sejam ,

jadi 4jam lebih !

kononnya nak  buat surprise ,

ummi abah balik nanti ......

tadddddaaaaaaaaaa !!!! hahahah .

baru siap 'menggodam' tepung gandum , tepung coklat , gula dan apa ntah lagi satu tuh ,

baru perasan api dah tak menyala , ohhhh . SEDIH T_T

call umi , umi cakap baru je dua minggu lepas tukar , dah kenapakah ?

hahahah . jangan salahkan anak perempuan umi yg RAJIN nehh kay ! :D :D

niat dihati nak buat Kek Coklat Moist ,

baking powder takdek .

alkisahnya nanti kek saya tu tak naik laa .

terbantut ketumbuhan dan tumbesaran beliau =='

haishhh ! tp , buat jelaahh . sebab itu je bahan yang kurang . yang lain semua ada .

dah siap tu , terpaksalaa tunggu abah balik dari sekolah agama .

then , sekejap je atas dapur *mentang2 laa gas baru ! hahahah .

daahh masakk , dahh comell , dahh cantik , dah harumm ^___^ sukaaa !

tapi satu jeee , memang betol2 comellah , kecikkk je :D

memang tak naik , serius ! hehee .

bikin dia punya moist lima minit je , bergabung meletopp ! huhu , 

then siaplahh :))

boleh dimakan . sedappp ^^

ni bukanlah kali pertama buat kek coklat moist ni ,

tapi agak lama dah tak buat . so kekok sikit . huhu

btw , ok laa dr tak jadi langsung :)



 ni antara bahan2 yang digunakan tadi . ada yang tak termasuk , merajuk ! :D



ini pertengahan . dah siap semua , tinggal nak kukus dan gas habes :(

tunggu beberapa jam , abah balik terus selesai . dan ini hasilnya :))  

satu je gambar boleh tunjuk :D



komen sendiri : kek terlalu apa orang kata , mampat ? entahlaa apa benda entah . tapi , maybe kena tambah air kot..? huhuhu . rasa dah ok , cuma liat sikit . 

next time cuba lagi :)

Saturday, April 13, 2013

al-Resepi Lagiii ~

salam siang ! ^___^

pagi2 ni ummi abah dah keluar ada program sekolah dekat bangi ,

ummi dah siapkan lauk , tinggal nak masak nasi je .

dah masak , tibe2 perut meragam nak makan MEE LADNA !

hehehee ,

so , carilaa resepi buat mee ladna .

kononnye adik2 yang nak .

padahal perut ni yang bertanggungjawab . ahahaa

dok rumah memang hobi saya memasak .

errr , memasak laa sangat ! hahaa :D :D

selalu buat puding2 , agar2 , tart ke camtu jee .

jarang laa nak masak susah2 ,

gulai ? tomyam ? sup ?

takk laa , itu kalau buat , kena ada chef disisi . hihii ,

so tadi , takkan laa pagi2 nak buat puding kann .

buat jelah mee ladna , FIRST TIME kayy ! *banggaa :p

alhamdulillah , menjadi laahh jugak . walaupun takdelaa sesedap yang kat kedai tuu :D

main tibai jee bahan dia tadi , 

nak keluarkan isi ayam dari freezer ,

TERkeluarkan perut yang abah beli malam tadi =.='

siap rendam tuuu..baru perasan ! 

nampak takkk , hahaha

fail ke ? takkan laa kot :D

so , buat tuu ada laa dalam 20minit , KOT ?

takde lakk set masa tadi , asalkan boleh jee ^_^

so , ni lahh hasilnya :


INI , baruu je angkat dari dapur .amacam ?

hahahaha , jangan gelakk !



apa ? takdelaa nak makan dalam  bekas besauu ni , ni nak tunjuk jee ! huhuhu

rasa dia , boleh tahan laaa katanya adik2 yang tengah lapar tuu  . ahhaha .

kalau dah kenyang maybe dorang tak makan kot . kenapa ?

sebab dorang dah kenyang lah  !

kakak masak , apa je dorang tak makan . hahaha 

resepi ?

cari sendiri lah :D 

selamat mencuba ^___^

Al-Resepi Dua ^__^

assalamualaikummmm ! ^___^ 

den rajin cket hari ni , pegi billion cari barang2 dan bahan untuk buat puding dan sebagainya .

dan setelah diteliti ,

perkara yang paling simple dan senang nak buat kali ni ,

agar-agar oreo bercoklat  ! :)))

very2 da simple , haha *jangan kutuk bi saya kay !  :p

okay kali ni tak copy paste da resepi , sebab ada orang cakap saya PEMALAS ! 

cessss =='

mule2 didhikan agar2 tuu dalam periuk laah , jangan buat dalam jug pulak . haha

masukkan sekali gula and air lahh kan .

banyak mana ? alaaaa . *punyelaa pemalas . huhuhu

air agak2 laa kan utk paket agar2 yg kita guna tuu .

gula pulak , tadi saya pakai dalam 6sudu besa kot . fine , lupaaa =.=

oke dah jangan tanya pasal kuantiti . haha

then bila dah mendidih and agar2 dah beransur...

haa bolehlaaa masukkan susu cair , SATU TIN . heeew 

so dah larut sume ,asingkan pulak . buat dalam dua periuk .

yang lagi satu tu , campur dengan milo .

keep the fire small . hahaha *taw sangat buruk bahasa ni .

sebagai penghias je kay , hehee

semakin banyak milo , semakin sedaplahh rasanya nanti * hipotesis .

then bila milo dah larut pe sume ,

boleh laaa masukkan setengah atau banyak mana pun takpe , dalam loyang .

ni contohnya :)



okey ni kira lapisan pertamalah ^___^ nipis2 jee , sedap jugakk . huhu

then tunggu sampai lapisan pertama ni dah agak mengeras , boleh laa tuang lapisan kedua iaitu agar2 yang asli tadi , hok putihh tuuu ..heee

masa ni saya tak sempat snap pic sebab agak kelam kabut tadi --'

lepas dah tuang , taburlahh oreo .

patah2kan oreo jadi dua or tiga camtu.. pakai satu paket taw ! dan tak perlu asingkan krim dia .

tabur kat agar2 yang asli tadi tu..then tunggu ia mengeras sikit , last step boleh laa tuang pulak lebihan agar2 yang campur dengan milo tadi..

pandai2 laa bajet agar2 tu supaya tak mengeras atas dapur .. dan jangan bagi agar2 yang dalam loyang tuu terlalu mengeras taw , sebab nanti dia tak melekat dengan lapisan atas dia . alaaa , pehe dok ?

tak paham buat2 paham jelah . hahahaa .

pastu dah siap ! simpan dalam peti ais lahh :))


tadaaaaaa !!! ni baru keluar wap beku . hahahaa .


heheee...potong sikit.....! amacam ? tak mengancam ke ? =.='


dan ni hasil potongan terbaik . hahahaa :D

soo , selamat mencuba ! simple :)

tadi baru siap ,

alhamdulillah , sekarang dah tak sampai separuh yang tinggal . hehe :p

Friday, April 12, 2013

Hal Terindah Tidak Dapat Dilihat .

kenapa kita menutup mata ketika tidur ? 

ketika kita menangis ?

ketika kita membayangkan ?

itu kerana hal terindah di dunia ini tidak dapat dilihat .

ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita ,

kita bergabung dengannya dan terjatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA .

ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan ,

orang-orang yang tidak ingin kita lupakan , tinggalkan .

tapi ingatlah , 

melepaskan bukan akhir dari dunia ,

melainkan awal suatu kehidupan yang baru .

kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis ,

mereka yang tersakiti ,

mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba .

kerana MEREKA lah yang tahu dan akan menghargai betapa pentingnya ,

orang yang telah menyentuh kehidupan mereka .

Cinta Agung adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli tentangnya .

adalah ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia .

adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata ,

'Aku turut berbahagia untukmu'

apabila cinta tak berhasil ,

bebaskanlah dirimu ,

biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi .

ingatlah bahawa kita mungkin menemukan cinta dan KEHILANGANnya ,

tetapi ketika cinta itu mati ,

kita tidak perlu mati bersamanya .




Al-Resepi


haaa , hari ni nak share pasal salah satu puding yang saya selalu sangat buat kat rumah . favorite kami seisi keluarga ^___^ 

Puding Karamel Lapis Coklat . errmmmm , yummmmyyy ~ :p

seirus , simple ! senang sangat . boleh cuba nanti :)))


Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )

·                     Bahan A :
·                     1 tin susu cair
·                     5 sudu besar gula
·                     3 biji telur Gred A
·                     1 sudu kecil esen vanila
·                     Bahan B :
·                     1 tin susu cair
·                     5 sudu besar gula
·                     3 biji telur Gred A
·                     4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
·                     Bahan C :
·                     2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)


Cara-cara
1.             Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
2.             Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
3.             Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
4.             Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
5.             Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
6.      Potong dan hidangkan .


tadaaaaa !!! nampak tak ? sedap an ?


setiap kali balik , WAJIB buat . kui2 . pernah sekali buat , terlebih manis mak aihhh ~ tapi habes jugakk :p kikikiii .

mula2 memang rasa agak leceh nak buat , tapi bila dah selalu dan biasa buat ,
alhamdulillah . seronok bila tengok family happy ^__^

perut kenyang hati suka  , lalalalaa ~

*ok text jadi camni sebab ni copy jee , malas nak taip ! hahahaa . 

This I Promise You .



When the visions around you

Bring tears in your eyes

And all that surround you

Are secrets and lies

I’ll be your strength

I’ll give you hope

Keeping your faith when its gone

The one you should call

Was standing here all along

And I will take

You in my arms

And hold you right where you belong

Till the day my life is through

This I promise you

I’ve loved you forever

In life times before

And I promise you never

Will you hurt anymore

I give you my word

I give you my heart

This is the battle we’ve won

And with this vow

Forever has now begun

Just close your eyes

Each loving day

I know this feeling won’t go away

Till the day my life is through

This I promise you

Over and over I fall

When I hear you call

Without you in my life baby

I just wouldn't be living at all

Every word I say is true

This I promise you


*setiap lirik menyimpan seribu makna tersirat..

:')