Monday, November 5, 2012

Purdah dan Niqab mengikut Empat Mazhab .


Mazhab Hanafi
Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.


1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)


2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)


3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)


4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

1. Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)


3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)


4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)

5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)

Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.

1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)

4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)


5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hanbali
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)


1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)

2. Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)

3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)


4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب


“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, link)

Thursday, September 27, 2012

KesayanganKu ~

masuk minggu ketiga . 

dia dah 'terbang' ke sana .

jauh di bumi anbia' di sana .

selama beberapa bulan ini ,

dia banyak menghabiskan masa dirumah ,

membantu ummi dan abah ,

mengurusan perihal adik-adik ,

kerana hanya dia yang berpeluang untuk itu ,

diriku sendiri ,

belajar jauh di Kelantan ,

dia membantuku meringankan urusan keluarga ,

sebagai anak lelaki sulung di rumah .

kini, dia telah pergi jauh ,

untuk menyambung pengajiannya .

 setelah tamat SPM tahun lalu,

alhamdulillah , rezekinya di Jordan sana ,

menyambung dalam bidang Bahasa Arab .

doaku, di perantauan sana ,

moga dia sentiasa mendapat perlindugan dariNya ,

pandai jaga diri ,

dan berjaya dalam apa jua yang dilakukannya .


 di KLIA, rombongan menghantar adik lelaki ku :')


Mohammad Faiz Safwan aka Budak Gemok :D

gonna miss you Gemok :'D

takecare ! 

#bilanakbalik?


Saturday, July 21, 2012

kembar ^_^

KEMBAR ! 
ya , kembar .
tak tahu kenapa dan mengapa ,
perkataan kembar seolah sudah serasi dengan diriku .
hanya mampu tersenyum sendiri apabila terfikirkan si kembar .
siapa ? kembar mana ?
kembar ku :)
masih awal rasanya untuk ku berangan mempunyai anak kembar ,
namun apa mampu ku , 
tidak berdaya membuang semua ini dari kotak ingatanku .
ada sesetengah golongan yang mengatakan , 
cara paling mudah untuk mendapat anak kembar adalah ,
dengan menikahi mereka yang mempunyai genetik kembar seasalnya :)
wahh , begitukah ?
jadi , kembar mana yang rasanya mahu menjadikanku isteri ??
opss , soalan tak sedar diri .
tidak mengapa ,
terlebih dahulu daku telah sendiri berusaha mencari tahu ,
dan akhirnya terbukti ,
terdapat juga pasangan yang tidak mempunyai genetik kembar dalam keturunannya ,
namun tetap berhasil mendapatkan anak kembar .
tersenyum lebar daku :)
dan , pelbagai tips telah dikenalpasti ,
antaranya adalah ,
lazimkan memakan buah atau apa jua jenis makanan yang juga merupakan kembar .
contohnya , pisang kembar , kacang kembar atau apa jua .
dan ini hanyalah tips yang ringan ,
masih banyak lagi .
ada juga terbaca blog sepasang suami isteri yang telah lama menanti untuk menimang anak sendiri , 
pada mulanya sering keguguran , 
sering mencuba pelbagai usaha ,
moden dan juga tradisional .
semua usaha dilakukan tanpa henti .
sehinggalah apabila dinasihatkan oleh seorang tukang urut tradisional agar mereka berhenti berusaha untuk seketika kerana katanya , 
terkadang semuanya ini akan berlaku dalam keadaan rileks , 
tidak perlu gopoh dan dalam keadaan tertekan .
ya , terbukti .
apabila mereka tidak terlalu memikirkannya , tidak terlalu tension dan sebagainya ,
ternyata mereka berjaya dan akhirnya memperoleh kembar TIGA !! 
hebat bukan kuasa Allah ??
dan , semoga juga Allah mendengar doa ku ini .
untuk memperoleh kembar adalah salah satu impian terbesar ku .
tidak mengapa andai tidak berjumpa jodoh dengan si kembar , 
namun usaha , tetap usaha :)
insyaAllah , untuk perkara yang baik ,
Allah Maha Mendengar bukan ..?

sangat comel mereka ini ,
huhuhu

subhanallah :)

                                                                terima kasih Allah :')


Friday, July 20, 2012

~ Ingin Bersama ~



bersama keluarga terchenta :')

malam ini , ku dengar Imam seakan 'menambah rakaat' ,
waktu solat yang selalunya tidak lama menjadi sedikit panjang ,
hati hiba , sayu tidak keruan .
tahu lah daku Ramadhan telah menggantikan Sya'ban ,
dalam kamar ini ,
sendiri menyepi ,
sendirian merindui kesayangan kesayangan yang jauh .
dalam panggilan ,
suara suara mereka bergema seisi rumah ,
dan ku sedari tika itu ,
ada mutiara yang jatuh menemani .
sungguh , Ramadhan ini sangat ku rindu ,
dan harapan untuk bersama yang tersayang saat menyambutnya ,
namun Allah lebih mengetahui ,
Dia memilih untuk menganugerahkan ku rindu ini ,
meski sangat sukar untuk ku lalui semua ini ,
namun kata-kata  keramat mereka  sentiasa menjadi penguat si hati .
oh Allah , lindungi mereka sentiasa .
Engkau saksi , diri ini sangat merindui telatah dan kenakalan mereka .
Oh kesayangan kesayangan ku ,
doa kan diri ini mampu menjadi si solehah yang lebih tabah ,
ku sapu tangisan ini ,
dengan doa dan harapan ,
moga moga Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna dan ,
ingati daku sentiasa .
kata ummi ,
'jauh di mata tapi di hati dekat '
terima kasih ummi :')

#sangatmerinduikesayangan#

-Kebebasan-


ku tarik nafas sedalamnya .
di dalamnya ada kelelahan .
tak ku nafikan .
hari hari yang ku lewati semakin hambar ,
ingin ku katakan ianya sudah tidak lagi bermakna ,
namun disekelilingku ini ,
masih ramai dan perlu ku raikan .
kenapa dia hadir saat ini ,
waktu dan tika ini ,
tidak ku ketahui .
Allah merancang segalanya .
Dia pasti lebih mengetahui .
ku pasrah segalanya .
aku ingin menjadi sebaik baik wanita ,
yang tidak memandang dan dipandang lelaki .
namun apakah ku mampu ?
kehadiran dia , dia dan dia ,
sedikit sebanyak buat jiwa ini terganggu dan seksa seketika .
bertanya itu ini tentang masa hadapan ku .
aku punya ibu bapa .
mengapa tidak langsung bertanya kan hal ini kepada mereka ?
sedikit pun aku tidak mahu peduli sebenarnya .
Allah , sedaya ku pujuk hati ini .
bersabarlah , mungkin dia tidak mengerti kehendakku .
tidak mengapa ,
aku meneruskan semua ini seperti biasa .
punya hati namun seolah menidakkan .
bukan keinginanku seperti ini ,
bukan ku pinta dibutakan hati .
namun biarlah ianya hadir tepat pada masa dan ketika .
untuk tika ini , biarkan daku dengan duniaku sendiri .
aku punya ramai kesayangan halal ku yang masih memerlukan ku disisi mereka .
ku pinta ,
bawa dia jauh dariku .
untuk sementara ini .
agar kebebasan dapat menjadi milikku untuk untuk seketika .


Monday, April 16, 2012

:: sekadar PENGERTIAN ::

bukan daku ingin disanjung ,
bukan ingin diberi penghargaan , 
bukan ingin meminta perhatian ,
bukan juga ingin menempa nama .
sekadar menunaikan permintaanmu ,
sekadar menyenangkan hati semua pihak ,
sekadar ingin membantu dan ,
sebagai tanda sokongan padamu .
namun setelah semuanya ku korbankan ,
setelah semuanya ku serahkan ,
setelah semuanya ku rela kan ,
setelah segalanya ku tunaikan ,
dikau malah membuang daku .
malah melupakan semuanya .
tidak !
bukan mahu dibalas jasa atau sebagainya .
namun sikap mu itu ,
cukup menyakitkan hati dan jiwa ku .
salahkah jika daku menyesal ,
dengan segala yang pernah ku curahkan itu ?
astaghfirullah .
moga Allah mengampunkan daku .
doaku ,
semoga dirinya mengerti akan erti
sebuah pengorbanan dan
kesusahan .
mungkin sekarang diri mu masih terlalu 'muda'
untuk mengerti maksud 
sakitnya apabila diperlakukan
sesuka hati oleh pihak lain .
ya ,
nyata nya adalah yang sedemikian .
bukan pertama kali .
bukan sekali .
daku menerima semua ini dari mu .
namun untuk yang ke berapa kalinya .
daku juga tidak tahu ,
sangkaan ku dikau akan berubah ,
setelah berkali-kali dan 
sering ku berikan peluang pada mu .
membuktikan daku mahu dikau berubah .
jadilah seseorang yang tahu 
menghargai sekurangnya .
namun hasilnya tetap SAMA .
baiklah .
selebihnya ,
terserah padamu .
Allah lebih Mengetahui .
dan ,
daku sudah serik dengan sikap mu .
maafkan ku .
semoga dirimu kan mengerti .
suatu hari nanti .
 ingatlah :)



Thursday, April 12, 2012

. Mujahadah .


tiada apa-apa yang ingin ku katakan.
untuk beberapa hari ini,
inilah hati seorang pejuang yang sedang
mencuba istiqamah dalam bermujahadah.
subhanallah.
betapa daku merindui saat itu.
bersamaMu di kala sunyi sepi malam
menemani.
apa yang terjadi dan hadir dalam 
hidupku kini,
ku rasakan ianya sangat membuat 
batinku terseksa.
ya Rabbi..
dengarkanlah....
kerna cintakanMu,
semua ini ku istiqamahkan.
kerna mahu merebut syafaat KekasihMu,
daku masih setia dan berpegang
pada janji yang dipatri.
wahai Nabi..
dengarkan selawat buatmu ini.
junjungan besar dan menjadi
tanda kecintaan pada ummat mu,..
sungguh..
kami merinduimu wahai Muhammad..
kami merindui syahid dalam menuju redha 
Tuhanmu..
biarlah cinta ini bersemi hanya padaMu..
pada yang selayaknya..
kerana dengan mencintaiMu..
kerna dengan mengingatiMu..
hati kembali menemui Pencipta 
yang satu..
Allahuakbar !

Tuesday, April 10, 2012

Queen Control

haii sayangku,
tatkala menjauh dia lah yang paling ku rindu..
telatahnya,
kenakalannya,
buah mulutnya,
semuanya menjadi tanda dan ingatan yang tidak pernah
ku lupakan..
meski pun umur baru 7tahun..
subhanallah..
tindak tanduknya mengalahkan orang dewasa
yang tidak matang ^^
terkadang sehingga membuatkan hati ini menjadi berang dan tidak keruan..
sakit juga dengan dia yang sering buat 'abangnya' menangis dan terluka.
huhuhu..aneh bukan ?
si adik seolah 'ratu' dalam rumah..
Queen Control pun boleh laa.. :)
ummi tidak sudah-sudah menggeleng kepala dengannya..
saat yang paling sensitif berkenaannya dalam rumah adalah diwaktu pagi sebelum ke sekolah.
kecoh satu rumah dibuatnya..
dan inilah rutin setiap pagi !
membangunkan dia sudah 10minit.
di dalam bilik air,
dia lah yang paling lama..
mengalahkan wanita dewasa..
untuk dia sahaja kami perlu peruntukkan 20minit paling SEKEJAP.
huhuii..memang ummi perlu banyak bersabar dengan puteri bongsunye yang satu tu..
nak pakai baju,tudung dan segalanya pula adalah satu hal nak kena tunggu..
subhanallah..
pagi-pagi lagi ummi dah diuji..
untungnya ummi :')
harapnya si cilik ini akan memberikan sesuatu yang tak mungkin ummi abah boleh lupe suatu hari nanti..
ya, jasa ummi dan abah.
adik jangan sia-siakan semuanya  taw !
balas dan ingat sampai bila-bila..
juga untuk kami adik beradik..
insyaAllah ummi abah..
segalanya akan terbalas suatu hari nanti :)


ni lah puteri nya :)


nur salsabila ayuni~


biiznillah~
ummi abah yang banyak bersabar dengan kami :')

Monday, April 9, 2012

Jawapan Istikharah

petunjuk ku mohon,
pilihan terbaik ku damba..
seglanya urusan Allah.
segalanya Dia yang lebih mengetahui.
dan akhirnya penantianku tidak sia-sia.
syukur alhamdulillah...
jawapan diberi sangat mampu membuatku tersenyum..
ya,dan dengan itu..
segalanya akan ku mulai kembali.
terima kasih Allah,
kerana masih menyayangiku,
kerana tidak sesekali meninggalkanku :')
luka yang lama terasa sembuh kembali.
mengapa perlu diberi peluang kepada mereka yang tidak bersedia ?
mengapa perlu ku serahkan hati ku pada mereka yang tidak setia ?
mengapa harus ku menangis kerana mereka yang masih tidak mengerti
akan ertinya cinta sejati selepas kahwin ?
subhanallah..
daku masih dipelihara daripada dirosakkan hatiku oleh sang kumbang
yang juga masih dalam proses mengenali Penciptanya sendiri.
Allahuakbar...
cukup indah namaMu ya Allah..
sehinggakan apabila disebut,
hati menjadi tenang setenangnya..
segala kekusutan yang sebelumnya melanda hilang.
segala kesakitan yang ada seolah terhapus dan dibawa pergi oleh
setiap hembusan nafasku yang menyebut kalimahMu..
betapa Agungnya..
terkadang daku malu,
kerana tidak putus dan sering meminta dariMu..
namun ku tahu,
permintaan demi permintaanku ini lah yang sebenarnya menjadi
bukti bahawa hambaMu ini tidak mampu sendiri.
tiada apa-apa tanpaMu..
dan untuk akhirnya,
syukur ku panjatkan padaMu..
atas petunjuk dan ketenangan hati yang Engkau berikan padaku..
semoga daku akan terus istiqamah dalam beribadah dan peroleh ganjaran terbaik dariMu..

insyaAllah..

Sunday, April 8, 2012

DULU.SEKARANG ** adeq

DULU.
adik selalu cakap
'akak, adik sayang akak sangat-sangat'
akak janji tak kan pergi jauh dari adik kan ?
akak akan selalu jaga adik kan ?
akak akan selalu sayangkan adik macam adik sayangkan akak kan ?
akak tak kan ade adik lain selain adik kan ?
kan kak ?

AKAK.
'ye sayang, akak sayang sangat kat adik akak yang sorang ni'
akak tak kan tinggalkan adik
akak akan selalu ada dengan adik
akak akan selalu jaga dan bahagiakan adik
akak janji
kite akan sentiasa sama-sama

KINI.
adik sihat ke ?
macam mane sekarang ?
buat apa ?
rindu akak tak ?
akak rinduuu sangat kat adik
rindu nak selalu jumpa macam dulu
rindu nak peluk adik erat-erat
rindu nak tengok adik selalu

ADIK.
ouh,
orang ok je
sekarang tak buat apa-apa
kat rumah aje
ouh
orang pun same
rindu jugak
akak jagela diri tu bebaik

AKAK.
boleh kita jumpa tak ?
dah lame kan kita tak keluar sama-sama

ADIK.
em
sekarang orang busy sikitla
tga amek lesen
nak jumpa kat mane ?
susah sikit nak keluar sekarang
malas pun ade

AKAK.
emm...
takpelah kalau macam tu..
adik setelkan dulu kerja adik sume..
nanti kite jumpa ye ?
akak rindu sangat kat adik..
bolehkan kita jumpa ?
akak nak peluk adik kuat-kuat..
taknak lepaskan adik lagi..

ADIK.
ouh
okay

AKAK.
terima kasih adik..
atas semuanya..
akak akan tetap sayangkan adik..
meski pun sebenarnya akak dah pun kehilangan adik akak..
yang dulu..
adik yang sekarang..
ternyata bukanlah adik akak yang akak kenal dulu..
hanya kerana jarak,
adik berubah..
hanya kerana masa,
adik pergi tinggalkan akak dalam diam..

terima kasih adikku sayang :')





Monday, April 2, 2012

melepaskan yang pertama untuk yang terakhir.


tiada kiasan.tiada pengibaratan.tiada andaian dan tiada apa-apa.



hanya satu.



semoga dikau bahagia selalu dan,
maafkan segala keterlanjuranku.


jika tertulis takdir untuk kita, maka kisah kita tidaklah berakhir disini.
akan berjumpa lagi dalam talian dan ikatan yang tidak kita duga.
salam akhir dan semoga jumpa lagi.


pena.ikhlas.