Saturday, February 23, 2013

memori Daun Pisang bersama Kesayangan :)

wahhhh...semalam seharian keluar dengan bebudak kelas , celebrate besday Aisyah Fauzi . heee

sebelah paginya kami ade show kt p.mas , 

alhamdulillah , show berjalan lancar . lancar lahh sangat ! hahahaha

then pergi KB , menunggu kt KFC . 

tunggu orang beli kek cket punyer lame . huuu

then gerak ke HAZA BISTRO together with them :)

dah sampai sana , 

hahahahaha , ini part kelakar .

makanan dia banyaklaahhhh MURAH ! 

sampai ade yang taknak makan .

pergi situ , makan aiskrim je bersamaan dengan makan nasi paprik kat kedai abe . 

ehh tak2 , aiskrim tu lagi mahalll !! huhuhu

so , lepak2 kejap sebab dah TERmasuk dalam restaurant tuuu kan :p

lepas tu kitorang gerak KFC , 

potong kek dan sebagainya kat situ .

best ! 

walaupun sangat2 lahh penat .

tapi best , 

tu belum cerita perihal rumah cikkkk yang penuh dengan kucing tuu kan ,

haaa ... lagi banyak kejutan . hahahahaa

maklumlaa , kawan dengan PENCINTA KUCING :)

saya je laaaa yang takde perasaan cinta sampai macam tu kat kucing . huhuhu

tp kesimpulannya , BEST !

kenangan yang takkan dilupakan .

walaupun hakikatnya , terselit jua titis2 air garam tuu kat luka dihati ni ,

ecewahhhh perumpamaan sendiri ! heheheee

tapi semua redah jee .

yang penting KAMI gumbiraaaa ~ lalalalala . huuu

so , ni antara gambar2 kami semalam :)

SAYANG KORANG SEMUA ~


Amniey*Aisyah*Awatif 


3A ~

potong kek !






kui2..posing kat kereta jap .

cikkkk :) huhuhu



awatippppppppppppp~

jeng jeng jeng~




together with CIK :)



peace !!! heee


datin kiterr :p

KAMI sahabat :)


HAZA BISTRO ~

tasnim , hik3


mereka . jeles !!! hahahaa

syuhada malu2 :p





mahal ! hahahahaa da jadi feveret cikk n watip , maknanya kena pergi lagi la kan lepas ni ? :D






cik , awatif n kak nik . gambar  ni mahal  sebab ade kak nik ! hahaha

bersama besday gurl ~



kek lagi , heee

kek kak cik ~

dari KAMI :) huuu



hepi besdayy sayanggg !!


my sayangggg :))))))



Sunday, February 17, 2013

Cerita Nasyid kU ~


haaaaa , cer awak dengar nasyid nii , ini nasyid , modern punyer cerita kay :)

memang sangat terbaikkk dann teeerrrrrrrrBAIKKKK , hik3 :p

team ni , Johan Ihtifal Asean 2013 . 

yang mana pertandingan ni , juga diwakili oleh kumpulan nasyid KIAS .

malas nak cerita banyak pasal kias , 

yang pasti , memang sangat mengecewakan .

saya mulanya join team kias ,

finally disebabkan PEMIKIRAN SEMPIT ulama' kias , 

saya tarik diri dan , tak join . 

sakeettt jee hati , huuhhhh !

benda kalau nak tawaduk ke zuhud ke , 

biar bertempat laaa kan , ini tak ! haishhh ~


pastu lagi satu dorang ni , haa ni bukan nak kutuk eh , tapi hakikat !

kelantan ni , nasyidnya masih tak terbukak lagi , maksudnya ?

dorang kureng laaa bab nasyid kontemp or moden ni .

so bila dah tahu kurang , masalahnya sekarang is ,

dorang ni jenis tak amek kata orang . tak pakai orang punyerr laaa .

kirenya salah ke betol ke , memang dorang akan pegang dorang punyerr . hmmm .

so bila saya yang tak berapa nak berilmu ni bagi nasihat ,

teguran dan lain lain , dorang tak terima . yang tak terimanya bukan budak2 , tapi si trainer yang rasa dia betul dalam segala hal . naseb baik tua , itu pasal lah ada rasa hormat tuu sikit . 

tapi kesian lahhh budak2 ni , itu je yang saya fikir .

so dorang pergi umpamanya untuk memalukan diri atas stage tuh jee =='

KALAH teros laa kan , 

so balik laa berbekalkan gelak tawa orang ramai dan kritikan pedas dari Juri .

nak salahkan dorang pun tak boleh ,

sebab dorang tu mengikutt jee kata trainer . *trainer lahh sangat kannnn !

pape pun , TAHNIAH laaa untuk dorang . nama group pun saya tataw .

lain kali cuba lagi bertemankan TRAINER LAIN , 

mohon paham ~



ni gambar dorang masa pertandingan kat USIM , 


Saturday, February 16, 2013

Adeq Sayangg :)

haaaa , dah hampir terlupa saya nak cerita pasal ADIK saya yang namanya FARAH DHIBA BT ABDUL AZIZ .

sebelum ni ada post pasal dy , masa tu kami macam dah jauhhhh sangat :'(

tapi sekarang , alhamdulillah !

masing2 dah boleh fikir matang kan , huhu .

kitorang dah okayyyy ~

hewhew . sukaaa pulak ! mestilah .

sekarang , dia study kat matrik selangor :)

selalu contact2 , xdelaa selalu sangat sebab masing2 busy kan .

dia cakap saya busy , saya cakap dia busy . hahaha.

pape pun , sebenarnya ,

'akak rindu sangat kat farah :')'

dah lama sangat tak jumpeee ,

kalau jumpa pun , dah xdapat nak sama2 macam dulu kann ,

tapi takpelahh , tak kesah .

selagi fara ade dengan akak :)

tahun ni masuk TUJUH tahun perkenalan kita sayang , ingat kan ?

6 JUN :)

semoga ALLAH pelihara ukhuwah kita .




akak sayang fara kerana ALLAH , insyaallah ~

Friday, February 15, 2013

bila di 'REMOVE'

remove apa ?

FB ke ? blog ke ? twitter ke ?

hermm . bila di remove kat laman sosial ni ,

apa ada hal kan ?

yeke..? tak terasa langsung ke kalau orang yang rapat dengan kita remove kita dari laman sosial ?

ehemm , tepuk dada tanya si jantung .

berdegup kencang si jantung hati , lamaran datang dengan kaki .

pantun wallawweh , haha *lap air mata*

lepas ni rasanya , bila saya gelakk lebih2 jee , itu maksudnya ada air yang sedang bertakung di longkang mata ! hahahahahahahaha * ini contohnya T_T

kali ni dah kenapa ?

TAKDE PAPE .

bodoh kan ? orang yang menanti sesuatu yang tak pasti dia akan dapat .

tapi bodoh lagi orang yang menunggu sesuatu yang dah pasti tak akan dapat !

apa boleh buat ? hati buta kerana cinta .

itu jawapan sesetengah orang yang juga termasuk dalam list B**** niii ,

kenapa ? jangan sesekali jadikan cinta sebagai alasan kepada kebodohan awak tu .

cinta tu sesuatu yang tak pernah seiring dengan perlakuan kita .

bila kita jatuh cinta , setiap segala sesuatu yang kita buat ,

itu tak pernah aman dan serasi dengan kita .

maksudnya ?

sebelum ni kita tak pernah menangis rindu kat seseorang ,

tapi bila bercinta , kita menangis .

sebelum ni kita tak pernah berdoa untuk orang lain selain yang terdekat dengan kita .

tapi bila bercinta , lama pulak kita berteleku atas sejadah sebab doakan dia :')

sebelum ni , kita pergi mana2 tak pernah fikirkan sesiapa . buat apa2 tak perlu nak teringat kat sesiapa .

tapi bila bercinta , harapkan mimpi tu tak boleh nak pilih je kan ,

kalau tak , dalam mimpi pun kita Wajib nak mimpi pasal dia . huhuhu

walaupun zahirnya nampak tenang je , nampak cool je orang yang bercinta ni ,

tapi hakikatnya , dalam setiap hati mereka tu ,

tak pernah leka dan terdiam dari memikirkan perihal insan yang tersayang tu dari sudut negatifnya .

tak percaya ke ?

masa menangis rindu kat dia , kita terfikir .

'dia ingat kat aku macam ni tak ? dia rindu aku jugak tak ?'

maka semakin laju lah air mata tu mengalir bila jawapan si hati adalah TAK . hahahahaa

masa doa untuk dia , kita mintak kat Allah .

'andai dia jodohku dekatkanlah , andai dia bukan untukku jauhkanlah'

then bila jawapan tak terjawab2 lagi , hati dah mula terusik dan sendiri jawab memang dia bukan untuk kau . heheew .

so ? dapat jawapan ?

maka apabila bercinta , wajiblah bagi kita menyandarkan Allah sebagai perantaranya .

ini tidak , asal bercinta nak pegang tangan .

asal bercinta nak kuar date .

asal bercinta je nak kena buktikan . bagi sebab kenapa cinta kat dia .

wehhh , cinta itu tidak memerlukan sebab . tahu tak ?

kalau cinta tu ada sebab , maka bila hilangnya sebab tuh , maka hilanglah cinta kau tuh kan .

itu bukan cintakan dia namanya . tapi cintakan sebab yang ada pada dirinya .

okay . bila di remove . 

nak remove dari Fb , twitter segala tuh apa kesah kan . sila sila . tak kesah sikit pun !

tapi macam mana pulak kisahnya bila di remove dari hidupnya dia ?

dia yang macam mana ?

dia yang penuh bermakna dalam hidup kita .

saya tanya saya jawab , sebabnya awak taknak tolong jawab . *hahahahahaaa.

mula lah bermuka muka di sana sini , di situ , there , here  dan sebagainya lah kan bak kata Johan .

'awak cinta hati saya , kenapa tinggalkan saya...'

'mana janji2 awak selama ni..saya masih perlukan awak...'

'saya akan tetap tunggu awak ,pulanglah sayangku...'

nak tunggu sangat , tunggu lah . dan kalau esok ajal menjemput , kau cuma boleh jawab 'saya sedang tunggu dia' kat Allah . nescaya , fikir2kanlah apa kau dapat dengan tunggu dia yang tak halal tuhhh .

************************************************************************



wahai yang bernama HATI.. 

Allah itu mencintaimu :) sangat...

kalau di remove dari kehidupan si dia tu pun , awak masih punya ALLAH..

sakit ? memang sakit . susah ? memang susah .

tapi kan awak boleh fikir , kenapa Allah pisahkan awak dan dia ?

sebab Allah tu rinduuu sangat nak tengok awak focus 500% kat DIA .

sebab semenjak awak dengan dia , awak asyik lupakan ALLAH je ..

awak makin lalai .. macam mana ALLAH tu tak rindu ?

then , bila awak dah boleh focus kat Pencipta , 

yakinlah , 800% Dia akan berikan awak pengganti ..

untuk apa ? untuk kebaikan dan solehnya awak selama ni dengan ujian Dia yang tak pernah surut .

awak akur dan terima segala yang mendatang dengan penuh sabar :')

maka dihadiahkan awak seorang bidadari , yang sama sekali tak boleh ditandingi kecantikan dan solehahnya .

awak kena yakin tuu , okay ? *lap air mata lagiii*

jadi bila diremove , relaks ..

" kita manusia , tempuh ujian yang tak sama , namun yang sama adalah , kita semua pastinya akan kembali pada Allah tatkala diuji "

bertenang , fikirkan keuntungannya bersabar .. insyaallah akan temui jalan keluar .

*lap air mata sekali lagi, kali ni dasat sikit sebab hingus ade sekali*










" Minat Saya " Bahagian Dua :)

eherm ! bersua lagi kite . hee .

okay saya sambung pasal minat dan bidang nasyid saya yang tergendala tempoh hari .

itu senang cerita habes lah untuk peringkat sekolah rendah .

then naik tingkatan satu , saya diPOS ke Kelantan oleh ummi dan abah .

waaah , perasaan saya masa tu , Tuhan jee tahu sebab , yelahh tak pernah2 dok hostel ,

1st time terpaksa dok hostel dan sangat JAUH :'(

menangis je keje . huhhh !

saya bersekolah di MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS .

saya tak tahu macam mana ustazah kat sekolah ni boleh tahu saya pernah mewakili negeri untuk pertandingan tilawah , pelik sangat .

errr , pelik ke ? hahaha .

pertama kali terserempak dengan ustazah tu , USTAZAH KAMILAH namanya ,

kat depan kelas , dialognya berbunyi :

" shamimie , nanti kita buat latihan ye untuk pertandingan tilawah"

sambil tersenyum2 ustazah berbicara . hehee .

saya yang tak kenal ustazah dan dengan berstatuskan BUDAK BARU time tu ,

blurrrr yang amat uh memang takleh nafi lahh kan . =='

tapi mengIYAkan ajelah kata ustazah time tu , huhu

then lama lepas tu , saya dah tak ingat lansgsung pun pasal ustazah tu , TIBA TIBA .

"shamimie awak sedia ye surah sekian sekian untuk baca , pertandingan HARI NI "

YA ALLAH . apa perasaan saya masa tu ???

'what???? hari ni ?? kenapa ustazah tak bagitahu masa nak naik stage nanti ke , huhuhu '

ustazah2 . kecut segala usus saya hari tu . terus je ustazah bawak pergi satu sekolah namanya tak ingat untuk mewakili MMPM , nak turun dari kereta , menangis dalam hati T_T ,

nak naik stage , masih menangis dalam hati . huhuhu , sape tak cuak weh .

dah lama kot saya tinggal and tak sempat pun nak refresh balik tarannum saya .

terus kena bertanding . GEMILANG TERBILANG lah jawabnya kan . haha

then turun stage , terus menangis teresak2 dekat ustazah . hak3 .

MALU weii , tapi . itu je yang termampu .

finally dengan segala susah payah saya time tu *susah payah la sangat en. haha

saya dapat tempat kedua dari 13 peserta :) alhamdulillah ~

nasyid pulak , tengah tahun tak silap .

kami wakil MMPM untuk pertandingan antara sekolah2 dan jujurnya tak ingat dapat no berapa .

paling best , pertandingan MASSAK 2006 bertempat di MMP kota bharu ,

johan nasyid dan dapat anugerah solo terbaik ! hehehehee .

okay itu part yang best , nak tahu yang tak best masa tu apa ?

piala solo terbaik saya DICURI .

tak sampai seminggu pun letak dalam dorm , HILANG T_T

sape amek ?? ngaku sekarang ! huk3 :(

sedih . takde bukti menang , tapi ada sijil laa . hewhew

okay habes form1 punyer cerita . naik form2 , saya pindah Kajang balik sebab asek homesick je kat kelantan . hehe . sekolah baru saya namanya SAMTEN . sebuah tempat menuntut ilmu nun jauh di atas bukit :) alaaa , sekolah yang UNIC berlakon cerita SEE YOU DI IPT uhh , haaa . sekolah tu laa . famous kan ? hahaha .

form2 saya just masuk pertandingan dalam sekolah jee , sebab segan sangat dengan kakak2 yang jauhhh lebih hebat dari saya .nasyid pulak , haa time ni dah terpilih untuk join team nasyid sekolah :) nama group saya masa ni , BALQIS AN-NUR . awak ada ? hik3

form3 , saya masih jugak memberi peluang kepada kakak2 yang ada , disamping memperkukuhkan ilmu yang tak berapa nak ada , huhu

naik form4 . saya mewakili sekolah untuk pertandingan tilawah ke peringkat zon , daerah dan negeri . peringkat negeri , dapat NAIB JOHAN :) alhamdulillah , menjadi simpanan bagi peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kelantan tak silap . hee . lupe dah . tapi tak dapat ikut masa ni , ada masalah kesihatan .

dalam masa yang sama , saya gigih memperlancarkan latihan nasyid di sekolah . sekolah kami time ni , tak hantar wakil nasyid perempuan untuk pertandingan luar , huk3 . sedih jee . tapi redha jelah apa boleh buat .

tahun ni jugak saya mewakili SAMTEN untuk pertandingan tilawah peringkat Belia di UKM . alhamdulillah , johan dari 18 peserta :) bersyukur sangat2 .

masuk form5 . herm , peringkat zon------> peringkat negeri , ALHAMDULILLAH , johan . hehee.

then , peringkat kebangsaan tahun 2010 ni , bertempat di UMT Terengganu . memang sangat best masa ni . huhu , dapat ramai kawan baru , pengalaman , jumpa orang hebat2 . budak2 MARI BERTARANNUM , ustaz ustazah yang sangat2 hebat ilmu tarannum mereka :) puas hati . huhu .

errr , mesti nak tahu dapat no berapa an ? hahaha .

untuk pengetahuan semua , normally peringkat kebangsaan ni semua peserta adalah sama dari segi suara dan tarannum , dan yang membezakan kami adalah TAJWID dan FASOHAH .

den kalau tajwid ni memang lemah banyak laa kan . hihi ,

tapi apa pun , alhamdulillah jugak , dapat no LIMA dari LIMA BELAS . huhu . keputusan tilawah  masa darjah6 pun camni jugak . apa boleh buat ? memang ramai lagi yang hebat :) yang penting pengalaman kan ~ huuhuu .

nasyid pulak ! haaa , ni paling best . setelah dua tahun sekolah tak hantar wakil perempuan untuk nasyid , tahun 2010 ni akhirnya sekolah bersetuju untuk hantar wakil . finally =='

untuk pertandingan Amal Islami peringkat daerah ni , kami berlatih selama sebulan lebih . pertandingannya berlangsung di SAMTTAR . sememangnya samttar ni sekolah yang tak pernah puas hati dengan samten ! haha . kelakar jew .

part paling buruk dalams sejarah nasyid saya , time ni lah . sebelum pertandingan , kami sudah dikhabarkan , kami adalah Johan . dah bersedia nak naik pentas jap lagi ni nak amek hadiah , tup tap , nama SAMTTAR yang dipanggil .

cesssss ! marah giler time tuuuu ! eeee ~ boikot . dushhh dusshhhh !!

kenapa dorang buat macam tu ?

sebab memang itu yang dipersetujui .

kalau wakil lelaki samten menang , maka yang perempuannya takkan dapat number ,

weii panas panassss ! heshhhh ~

masa tuhh memang kecoh satu sekolah laaa kami dibuatnya .

trainer kami nak recheck keputusan , tapi dorang tak terima .

last2 , adelah juri yang rapat dengan trainer kami uh , dia mengaku yang kitorang ni act JOHAN .

tapi samttar tak benarkan .

wei apa hak kau ? haaa . geghammmmm !

then itulah kenangan pahit saya masa sekolah . hurm .

tapi semuanya tak berhenti kat situ je taw !

saya masih meneruskan perjuangan saya dalam bidang ni , sampai sekarang , 2013 :)

Thursday, February 14, 2013

Cerita Cinta

apabila seseorang menyakiti hatimu , maka berdoalah ,

moga ALLAH memberikannya kemaafan .

berdoalah , moga HATI mu dikurniakan kekuatan ,

juga untuk memaafkan kesalahannya .

saya nak cerita , tentang seseorang yang mencintai ,

seseorang yang selalu  dan sering menyakiti hatinya .

kalau yang baca post ni tak pernah rasa sayang kat sape2 , maka jangan baca .

sebab awak takkan paham pun --' haha

so , yang teruskan membaca ni mesti pernah sayang kat sape2 ataupun ,

SEDANG MENYAYANGI seseorang . 

first of all , TAHNIAH ! 

sebab anda terpilih untuk jatuh cinta :)

bahagia dengan cinta yang anda miliki sekarang ? then Alhamdulillah ~

cerita yang saya nak bawak ni , pasal dia yang mencintai tapi dibalas dengan kesakitan .

pernah tahu macam mana sakitnya dihina ? dipijak2 perasaan awak ? dilemparkan kata2 yang memedihkan ?

kalau tak pernah then awak BERUNTUNG lah :) kalau pernah ?

beruntung jugak . lebih beruntung daripada yang tak pernah merasa sakit tuhh . serius !

haa ? kenapa ? erm , sebab .

sebab awak dah belajar dan pernah merasa sakit tuh dan bertambah beruntung lagi adalah mereka yang bakal disayangi oleh insan2 macam awak ni sebabnya , 

CONFIRM , bila awak dah rasa sakit tuh , awak takkan buat lagi kat orang lain .

awak tak akan sampai hati nak lukakan hati dia yang awak tahu sangat menyayangi awak  .

am I right ? 0.o

ABSOLUTELY I'M RIGHT ! heeee ~

kenapa yakin sangat ni ?

sekarang kita serius sikit eh ,

cuba awak fikirkan , dalami sekejap HATI awak ,

dan bayangkan wajah insan yang awak sayangi tuhh ,

dia insan yang juga sangat menyayangi awak :)

dia insan yang selalu berusaha menjaga hati awak :)

dia juga insan yang tak pernah berkasar dengan awak :)

dia seorang yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk awak :)

dan dia , dia adalah seseorang yang tak pernah lupa awak dalam doa hariannya :)

siapa dia ?

ehh itu jawap sendiri lah , mana saya tahu . hahahaha .

eh lupe , serius !

bila kita tahu ada nya seseorang yang nyata menyayangi kita

benar2 berkesungguhan untuk hidup dan berukhuwah hingga ke Syurga dengan kita ,

apa lagi yang kita fikirkan ?

kelemahannya ?

adakah kita langsung tidak punya kelemahan ?

BOHONG !

jadi mengapa tidak kita berusaha tapis kelemahan yang ada padanya .

jadi dengan itu , segala kelebihan dan kebaikannya ,

secara langsung akan menutup dan memperbaiki keaiban kita . bukankah begitu ?


sungguh , jatuh cinta itu bukan perkara yang biasa2 .

bukan juga perkara yang luar biasa .

tapi ianya sesuatu yang tidak pernah dekat dengan perkataan BIASA .

jatuh cinta , perasaan ini berkait rapat dan akrab sekali dengan perasaan cinta seorang hamba kepada Pencipta nya .

renungkan , bagaimana  rasanya mencintai si dia ,

maka ketahuilah , ALLAH menyayangi kita lebih dari itu .

jadi dapatkah kita bayangkan ?

Allahurabbi..

jadi bagi saya , sesiapa yang mengkhianati perasaan cinta seseorang terhadapnya ,

dia adalah zalim !

tidak mengapa andai kita tidak mampu membalas cintanya dia ..

namun sekurangnya , buat dia merasa perasaannya itu dihargai .

itu sudah lebih dari cukup buatnya .

sesekali , meletakkan diri kita diposisinya .

pasti kita akan merasa bagaimana sukarnya dia mencuba untuk menangani perasaannya ,

tiap kali kita menolak , tiap kali kita mengatakan TIDAK .

namun perlahan , insyaallah , dia akan menerima dan paham hakikat ini ,

yang kita tak mungkin membalas perasaannya .

tidak mengapa ,

asalkan kita memberinya jawapan dengan cara yang penuh hikmah dan memahami .

hermmmm . nak tahu tak ?

sebenarnya apa yang saya tulis ni dah lari dari topik --'  !!

haishhh ~ mana2 entah idea datang nak tulis pasal cinta ditolak nehh . hahaha

okay nak sambung tapi.............

dah panjang sangat saya tulis ni , so



hehehee , lain kali lah saya tulis pasal kejamnya mereka yang menyakiti hati orang yang mencintai !

huhhhh ! lain kali insyaallah :)

moga bermanfaat ~






Monday, February 11, 2013

: Jangan Lupa DIA ::

takde nak cakap apa .

satu je .

awak buat saya SAKIT HATI hari ni .

awak sedar , 

tak pernah tak sedar .

tapi awak buat jugak .

awak buat saya rasa murah .

takde harga diri .

awak lelaki yang macam mana sebenarnya ?


semua perempuan atau wanita atau muslimah tu sama je ke kat mata awak ?

harga diri kami ni takde beza ke ?

atau awak tak reti nak bezakan ?

nak saya ajar ?

awak betul betul dah buat saya hilang kepercayaan kat awak .

awak ni , memang .

memang saya tak paham lah !

awak nak main main dengan perasaan seorang wanita ke ?

saya harap awak fikir berjuta kali dulu .

bukan sebab takut seseorang tu berdendam dengan awak .

tapi sebab ,

awak patut takut dengan ALLAH .

DIA catat semuanya . kan ?

awak tak ingat ?


lupa bagaimana rasanya dipermainkan , itu takpe .

lupa balasan Tuhan ,

itu bahaya . 

ingat tu Awak ;)

saya doakan awak selalu , insyaALLAH .

walaupun dah berkali kali kali hati ni awak sakiti ,

saya insyaALLAH , tak pernah putus doa untuk awak .

jangan tanya kenapa .

okbai .







:: permintaan ::

herm , bila insan tersayang buat permintaan , 

rasanya itulah permintaan yang paling susah nak tolak and abaikan .

sesukar mana pun permintaan tu ,

sedaya nak tunaikan .

tapi macam mana pulak kalau ,

permintaan si dia tu adalah permintaan yang terlarang ?

maksudnya ,

permintaan yang tak syar'ie .

susah susah .

bila orang yang kita sayang tak sependapat dengan kita dalam hal ni ,

tak sekufu dalam perkara ni ,

memang sangat susah .

senang cerita , tinggalkan je orang macam tu .

tak paham agama .

tak ikut aturan dan tak patuh peraturan Allah .

heeiiii , kalaulah semudah tu .

takde lah susah susah orang lain nak fikir .

rasanya nak tinggalkan insan yang kita cinta tu semudah tu ke ?

tak tak takkk . susah weh , susah .

serius . sangat susah .

paham sangat .

tapi nak buat cemana ?

jalan penyelesaiannya adalah...?

Allahurabbi....

ENGKAU jualah pemberi nikmat dan segala rasa sayang itu ,

maka kepadaMU jualah kami memohon petunjuk .

hadiahkan buatnya keamanan dalam hidupnya .

hadirkan ketenangan dan kedamaian kepadanya dalam mencintai Islam .

dia sesungguhnya hamba yang sangat memerlukanMU disisinya .

seperti jua kami ini ,

dan semuanya ini , 

kerna kami menyayangi insan sepertinya .

sungguh , kami mencintainya .

cinta , yang mahukan ianya bertunjangkan agamaMU .


perkenankanlah ..