Friday, July 19, 2013

Buat Dia Yang Bukan Lagi Sahabat .

ini kisah SAHABAT , yang hanya tahu menggelar dirinya SAHABAT tanpa tahu apa perlunya SAHABAT dalam kehidupan . apa pentingnya SAHABAT dalam pertuturan . apa fungsinya SAHABAT bila SAHABAT yang lain memerlukan .

kau kata kau SAHABAT ,
namun lukaku kau siram dengan air garam .
apakah itu suatu usaha menyembuhkan bagimu ?

kau kata kau SAHABAT ,
namun setiap ungkapanmu mengundang hiris di hatiku .
adakah begitu yang seharusnya ?


kau kata kau SAHABAT ,
namun setiap langkah dan gerakmu ,
kau iringi dengan ribuan paku dan kaca . 
bagaimana harusku ubati pendarahan yang seakan tidak mahu berhenti ?

kau kata kau SAYANG ,
namun kau masih setia dengan hemburan racun berbisa .
begitukah sayang yang kau puja - puja ?

kau kata kau PEDULI ,
namun hakikatnya kau sendiri tidak mengerti apa maknanya PEDULI kerna yang kau tahu hanyalah MENYAKITI .

kau kata kau SETIA ,
namun sana sini kau berjalan mendepa tangan untuk manusia lain ,
itukah definisi setiamu ?

kau kata kau BERUSAHA untuk persahabatan ini ,
namun usaha selalu menemui jalan buntu kerna dikau tak pernah seiring dengan kata-katamu untuk BERUSAHA !


SAHABAT , 
sewaktu pertemuan pertama , 
aku tak pernah menyangka akan ada pengakhiran yang sebegini .
katamu ini bukan pengakhiran namun permulaan untuk diriku lebih BAHAGIA .
sungguh mudah kau berkata-kata .
tanpa tahu apa RASAKU !
tanpa tahu bagaimana SAKITKU !
tanpa tahu apakah luka ku ini mampu SEMBUH ataupun tidak !

ya , bukan lepas tangan katamu .
lalu apa ?
setelah luka demi luka ,
sakit demi sakit ,
pedih demi pedih yang kau tinggalkan ,
kau kata mahu pergi meninggalkan semuanya ini . 
mana rasa tanggungjawab dirimu ??
sungguh kau manusia tak bertanggungjawab .
sungguh kau bukan manusia yang pernah aku kenali dulu .
dan aku ? mungkin aku juga telah berubah dan semuanya ini kerana KAU !

kau kata kau SUDAH MENINGGALKAN perkara2 yang aku tak suka kerana takutkan Murka Allah ,
namun banyak mata yang menjadi saksi bahawa kata2 mu hanya dibibir saja !
tak malukah ?
dengan ALLAH ? dengan manusia ?

sungguh , sudah hilang segala hormat dan kasihku padamu SAHABAT .

ada sesuatu yang perlu kau pelajari .
seharusnya sedari awal perkenalan kita ,
kau harus tanamkan dalam hatimu .
'dia adalah SAHABATku ,
tak akan ku sakiti hatinya dengan perasaan atau tindakan yang lebih dari SAHABAT !'

tak sedarkah ?
semuanya ini berpunca dari ketewasanmu dalam mengendalikan perasaanmu .
ya , katamu kau tidak bersalah kerana perasaan itu bukan sesuatu yang mampu kita kawal ,
mahu sayang atau benci , mahu rindu atau cinta .
dan ketahuilah , itu juga jawapanku untuk kali ini .
'mengapa terlalu membenci ?'
kerana ianya tak mampu di kawal ,
kau puncanya .
aku menjadi BENCI .
dan semoga benci ini tidak akan bertukar menjadi SAYANG sekali lagi .

*ini khas untuk dia . dia yang pernah menjadi sahabat baikku . mungkinkah aku bertindak melulu ? ahhh !! dua tahun setengah aku ditipu hidup2 oleh dia yang ku gelar sahabat . sudah lahh . aku sangat penat dengan semua permainan kotor dia . 


:: jangan berpura2 MENYAYANGI apabila kau MEMBENCI . jangan berpura2 PEDULI apabila kau sebenarnya TIDAK KASIH ::


pesanan umum : bila kau mahu bersahabat dengan sesiapa , jagalah , peliharalah hatinya seperti kau memelihara hatimu sendiri . setiap patah kata perlu difikirkan seribu kali sebelum dilafazkan . jadilah manusia yang berfikir diluar kotak . berfikir untuk jangka masa panjang . bukan hanya untuk hari esok . kerana sekali hati tercalar , kesannya memerlukan masa untuk sembuh atau mungkin , tak akan sembuh lagi :')

maafkan saya Awak , awak pernah jadi sahabat yang baik . sahabat paling dekat dengan saya . tapi awak lebih memilih jalan ini . saya akan Bahagia . pasti . dan saya sedikit pun tak akan kesah lagi , tentang bahagia atau derita Awak . Awak dah buat pilihan , saya terima . selesai semua urusan Hati . moga Allah mengampuni . maaf , saya bukan SAHABAT yang baik . 








Monday, July 15, 2013

Lumrah Diri .

hmmmm . hari ni takde mood langsung nak buat apa-apa . tapi dalam keadaan mood yang menghilang ke mana tuhh , alhamdulillah selesai jugak meeting dengan AJK Kelab Nasyid . hipokrit maybe ? huhhhh..

banyaknya dosa kerana kurangnya airmata yang gugur keranaNYA .. Allahuuuu ~


sudah berkali-kali ku cuba bangkit ,
bangun dari kesalahan masa lalu ,
bukan tak pernah diberi kesedaran ,
bukan tak pernah diberi peringatan ,
namun jiwa degil mahu meneruskan .

di akhirnya ?
sendiri yang sakit ,
sendiri yang sedih ,
sendiri juga yang merintih .

kenapa masih mahu melalui jalan yang  berliku ,
sedangkan jalan lurus terhampar dihadapan ?
mungkin aku merasa diri terlalu hebat .
hinggakan tersangat yakin akan kemampuan diri untuk mengharungi jalan berliku .
tak sedar semua itu hanya khayalan .
tahap kesungguhan diri tidak seperti apa yang seharusnya ada .
masih tidak mahu mengalah ?

manusia seperti apakah aku ini ?
mahu dicintai Tuhan tapi diri sendiri masih thabit melakukan dosa .
kecil atau besar , ia tetap dosa bukan ?

bukan sekali , bukan dua kali .
namun berkali-kali Allah menguji .
bukankah itu tanda Dia mengasihani ?

Allah .. kini ku mengerti ,
Istiqamah itu tidak mudah .
ianya sangat PAYAH . susah .
aku diibaratkan manusia yang apabila diberi hadiah ,
aku tersenyum , suka , gembira .
namun saat tidak diberi apa-apa , 
aku menjadi duka . hiba .
sama sekali tidak mengenal erti mensyukuri apa yang pernah KAU beri .
hanya mahu menerima tanpa memberi .
Kufur Nikmatkah aku ini ?

Muhasabahlahh Shamimie Amni ,
Allah tidak memberi bukan kerana tidak mencintai ,
Allah itu mahu terus menguji ,
sedalam manakah Imanmu saat Dia tidak memberi .

Malu .
itu yang menyelubungi diri .
moga ALLAH mengampuni ,
dosa yang sedari dahulu hingga kini ,
buktikan cinta dan sayang pada Dia yang Hakiki ,
dalam sujud mahupun berdiri ,
kerna meskipun Dia masih belum memberi ,
Hikmah di hadapan setia menanti ,
pacakkan pada hati ,
ini lumrah Insani ,
bahagia datang selepas menangisi .




aku masih bermimpi . mimpi indah yang sebenarnya tidak indah . menafsir mimpi itu bukan perkara mudah . Akal Allah beri pergunakanlah . semoga yang terbaik itu untuk diriku . khilaf , berdosa , itu AKU . 

Astaghfirullahalazim :'(

Friday, July 5, 2013

Cerita 3 In 1 :)

Assalamualaikum . wahh wahh , lama tak mengupdate . lama ke ? hmm . yelaaa , awal bulan Jun tu sebokk dengan awal sem kann . ni baru laah ada masa nak mengadap blog . tapi tetap jugak takde idea nak tulis sebenarnya . huhh . kalau ikutkan hati ni memang banyakk je nak tulis . nak cerita . nak kongsi . tapi terpaksa ditapis . hehehe 

haa ! awal2 sem ni kan , kitorang sekelas dah selesaikan urusan beli baju kelas yang dah plan dari sem satu lagi ==' nak selesaikan kemainnnn haa susah . haishhh ! muslimin punya baju dorang dah tempah dalam cuti , so minggu pertama tu terus dapat . kitorang pulak , terpaksa laa mengikut kaler baju dorang tuu kan . kononnye dorang nak cari baju yang warnanya lain dari yang lainn . haa memang lain pun ! susahh yang amaatttt nak cari jubah kami muslimat ni T_T tiga hari keluar jelajah KB taw takkk . huwaaaaaa . bazar tok guru kitorang pergi , sebesar2 tempat tuu pun tak jumpa kaler tuu . kaler biru cyan . haaa pernah dengau ?? dia lebih kurang kaler turquoise jugakk , tapi lagi rumit laaa sebenarnyaaa --' 

so hari ketiga tak silap saya , kitorang cari sekitar Jaafar Rawas , ALHAMDULILLAH . finaly jumpaaa !! tu punn , ada laa lari sikit2 jugak kaler jubah kitorang . hahahah . tawakal jelaa . nak jumpa kaler tu dah laa susah . dah jumpa tu , nak cari saiz dan kuantiti yang banyak pulak kann kann . *padahal kitorang 7orang je muslimat . hehehe . ahhh tak kesahlaaa , jumpa dah jumpa dahh ! yeyeyeyeeyyy ! ^_^ haaa kemain seronokk . yelaa , dari sem1 kitorang plan menda ni , ni dah SEM LIMA baru terlaksana . kuangkuang ! 


haaa nengokk ni nengokk ! banyakk barang kitoranggg . hohooo



berapa banyak plastik maaaa --'



so ni FIRST TIME kitorang pakai baju ni . cantik tak kaler dia ? cantik tak ? 



nampak biasa je warna ni tapi sebenarnya CANTIIKKKK TAWWWWW



ni antara suasana dalam kelasss :))




ni jejaka QIRAAT TARANNUM 



haa nampakk warna baju dorang dengan kitorangg beza SIKIT jeeee . kan kannn ??


hahahaha . tengoklaaahhh seisi alammm hoiiii ~ corak yang pelbagai . huhuuhu



gelagat MEREKAAA ~


:)


ni tak cukop geng lagi ni , Awatif balek penang masa ni , hohohoo ~


syed , yunus n Nuuh aka Gemmmmmmookkk ~


okey sebenarnyaa ada TIGA CORAK jee .  terpaksaaa , takde pilihannn . huhuhu


^_^


ini edited . sajee takde kejewww :p kenangan KENANGANN ! :')

so ni lahh antara kelam kabut yang berlaku di awal sem . fuhhhh , lega dah selesai tang ni :) sem lima , tahun akhir ni kann . kitorang punya madah kann , sume dalam BAHASA SYURGA.....! ecehhh bahasa Syurga tuuu nak sejukkan hati . hahahaha . Bahasa Arab weyyy , den ni memanglaahh lomahh siket ehhh bab Arab nehhh . nak taknak kena habeskan jugakk kann . redha jee . alkisahnyaa kena struggle lebihh laa sem ni . sebab Arab je sume . eh ! bukan belajar bahasa arab jee . maksudnya , segala madah . Rasm , Fawasil , Tafsir , Fiqh , Qiraat . haa sumee dalam Arab . waa baru ku perasan madah cket je sem ni , tapi kelas pack jugak woooo ~~~

tapi not bad laa belajar . best ! sebab dalam kepala asek dok fikir ini TAHUN AKHIR tahun akhir . so , semangat tu lain macam sikit . *semangat ke ? rasa nak termuntah je bila baca balik apa yang saya tulis nehh . hahahaha 

insyaAllah , nak habes kat sini cepat2 . bulan APRIL tahun 2014 InsyaAllah habis . amin aminn AMINNNN :))) eh ehhh eh ! lupaa nak ceritaa . Baby Insyirah , Ibtisam Insyirah kan kann .. dia tak jadi nak pergi MESIR . yeyeyeyyyy !! suka sukaaa ! hehehe ~ masa ummi dia habaq dia nak pergi mesir follow husband dia kann , saya kann , sedihhh sangatt :'( tak tipuu . sedihhhhh . rasa macam nak berjauhan dengan anak sendiri pulakk . huwaaa T_T tak sanggup .


haa tengokk TENGOKKK ! dia punyaa senyum tuu serius buat saya jatuh cintaaa ! mengade laaa bie
 niiii >.<


hohoo , dalam bakul . tolong ummi dia kemas baju . kekekekeee :p


I LOVE YOU DEAR BIE SAYANGG :* 

tapi disebabkan 'kiamat kecil' yang melanda Mesir sekarang , dorang tak jadi pergi . Allah , Allah . Alhamdulillah laaaaa :') DAN ! berita baiknya adalahh....... sepupu saya tuuu dia nak sambung belajar kat KIAS ! hahahahaha ~ so lepas ni takde alasan laa nak jauh2 dr BABY . wuuhuuuuuu !! :D :D dan , saya nak tengok jauh mana orang dah kawen ni boleh sambung study ! hahah , dia ni dah kawen , ada anak lagi , haa mampu ke mampu ke ? kite tengok nanti :D okay tu je nak cerita pasal dorang . kehkehhh :p

hmmm . sem baru , baju pun dah baru . semangat ? kena laa baru jugakkk ! hehehe ~ insyaALLAH ! mohonn mohonn MOHON doa dari semuaaa :') doakan kami semua yaaaa ! moga ALLAH permudahkan semuaaa :)))

hehe . ok dah nak tutup cerita . tapi sebelum tuu ! ada lagi satu nak share :) 3 JULAI ritu kann , ada orang kann . hahahaha segan nyaa nak cerita , tapi nak cerita jugakk ! :D ada orang kasi kite HADIAH . hahaha ! sebab musabab dia kasi tuuu tak boleh ceritaa :p oke tu jeee . hikhikkk 


taddaaaaaaa !!!! ^_^ terima kasih Awakk :) 

k babai :) lain hari ketemu lagiii ~ Assalam .