Tuesday, January 22, 2013

Awak Lagi ~

satu perkataan awak yang buat saya terasa ,

tak pernah sama dengan seribu perkataan orang lain yang hina saya sekalipun .

awak sedar tak ?

awak dengan orang lain , tak pernah sama .

apa salah saya ?

awak buat saya macam ni , kenapa wak ?

saya cuba , bersabar dan terus bersabar .

tak pernah saya macam ni .

dengan awak saya selalu berlagak tenang ,

seolah semua yang berlaku , takde kesan pun dalam hidup saya .

tapi awak tak tahu , hakikatnya .

saya cuma berpura2 !

bukan untuk menipu awak ,

bukan sebab hipokrit .

tapi untuk jaga semuanya ni .

untuk jauhkan hubungan kita dari hal yang tak sepatutnya .

hubungan ? apa hubungan kita saya pun tak tahu .

awak ,

takde orang lain pun yang tahu .

macam mana , apa rasa , bagaimana keadaannya .

antara kita berdua .

tujuannya apa ?

supaya kita mampu jujur pada diri sendiri dan sesama kita .

tapi awak tak paham .

awak selalu macam ni .

saya dah buntu nak buat apa .

tak paham dengan apa yang jadi .

dan yang saya mampu , 

teruskan hidup walau setiap kali bayang awak menghampiri ,

itu sangat menyakitkan saya .

tapi sebab awak ,

saya kuatkan diri .

demi awak ,

untuk awak .

dahlah , saya penat .

sekian , dari saya .

Awak Punya .



Friday, January 18, 2013

:: Minat Saya ::

terngiang-ngiang di cuping telinga sepasang suami isteri ,

suara dan telatah anak sulung mereka memenuhi segenap ruang .

'oleh kerana ummi abah tak pernah halang saya melalak dari kecil ,
saya rasa ni sebabnya sampai sekarang saya asek melalak je kat rumah '

start darjah dua ,

mula2 saya masuk pertandingan syair .

lawan saya time tu , abang2 n kakak2 darjah lima n darjah enam .

wooww ! hebat tak saya ? haha !

dan tak disangka-sangka ,

saya berjaya dapat tempat ketiga dalam pertandingan tu .

awak percaya tak ??

saya lagi tak percaya =='

darjah empat , saya tukar sekolah .

sekarang sekolah saya dekat je dengan rumah .

SKBTK .

time ni , seingat saya kitorang tiba2 diwajibkan menyertai pertandingan nasyid sekolah .

ya Allah , tak pernah2 masuk nasyid .

masa ni , kami senior sekolah .

senior lah sangat . haha !

pelajar kat sini terdiri daripada darjah satu-darjah empat .

lawan budak2 kan ,

dapat no1 pun tak heran . huhu

then , suatu ketika , seorang ustazah yang bernama Ustazah Azmah ,

SURUH saya masuk pertandingan tilawah peringkat Zon .

rasa nak pengsan pun ada kot time tu ,

dah lerr attack pasal nasyid tu belum selesai ,

tilawah pulak ??

dah laaa tajwid lintang-pungkang .

lagu tarannum apa bagai tu ?

mana nak dapat ustazah uii ?

adusssss , memang seram !

tapi kerana desakan ustazah , cikgu2 .

saya masuk jugakk lahh .

ustazah sendiri yang ajau saya tarannum .

lama2 belajar , rasa seronok pulak .

then utk pertandingan tu , alhamdulillah .

tempat ketiga juga :)

start tahun tu , setiap tahun saya akan wakil SKBTK 

utk pertandingan MTQ .

tahun 2004 , darjah lima time tu .

start peringkat zon , sy join nasyid and tilawah sekali gus .

peringkat zon , daerah , negeri .

SKBTK bolot semua . hahaha ! *bangga*

tapi , time ni memang tak best !

nak mara peringkat kebangsaan , 

saya TERPAKSA buat pilihan .

NASYID ke TILAWAH ke ?

haa... susah ! da lahh time ni tak pernah tahu lagi wujudnya

Solat Sunat Istikharah =='

atas desakan kawan2 , time ni saya memilih utk 

KORBANKAN TILAWAH saya T_T

sadisss yang amat kowtt !

tp kejap jelah sedih , hehee .

peringkat kebangsaan ,

kami wakil Negeri Selangor .

berganding dengan senior2 dari SMAPK .

dorang banyak ajar dan tolong ktorang .

finally , dengan pengalaman yang sedikit dan tak matang ,

ktorang dapat no LIMA dari LIMA BELAS negeri .

menangis yang amat saya time tu . MEMALUKANN T_T

then , itulah kali pertama pergi kebangsaan dan bawak nama SKBTK .

tahun depannya , awal2 lagi family dah sekat utk join nasyid .

kenapakah ???

ummi abah cakap , mereka lebih restu saya masuk tilawah .

so , saya terima dengan penuh berat hati .

kawan2 pulak , sampai ada yang salah paham dan taknak kawan dengan saya .

ohhh ! saya tak ingat apa saya buat time tu utk selesaikan masalah dengan kawan2 .

so , kami go on dengan jalan masing2 .

peringkat zon , nasyid johan , tilawah pun johan .

peringkat daerah , alhamdulillah ,

saya dapat mara ke peringkat negeri .

tapi sayang , nasyid kecundang time tuu .

saya turut bersedih :'(

weiii , sedih kot kawan2 kita kalah . eee .

apa nak buat , perjuangan perlu diteruskan .

saya akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Bumi Kuching utk peringkat kebangsaan 2005 .

bertemankan cikgu2 dan ummi abah ,

saya tetap kalah dan dapat no LIMA .

hahahaa ! apa kena lah no lima dengan hidup saya ni :D


ni lah satu-satunya gambar kenangan masa nasyid kebangsaan 2004 . bertemankan pakcik2 dari SMAPK .gambar empunya badan terpaksa diBlurrkan sebab muka terlampau comel akibat menangis :D haha .

cerita seterusnya nanti akan disambung ! :*

Thursday, January 17, 2013

Awak .

" tak balas pun mesej saya "

ayat awak yang ni , hmmmm .

menusuk . tahu menusuk ?

" saya kalau diberi kesempatan dan peluang , memang nak sangat kenal awak dengan lebih dekat "

yang ni pulak , ayat awak ( 2 ) .

dah kalis dengan ayat ni laa wak .

" saya perlukan awak untuk membimbing saya ke jalan yang benar "

ingat saya Nabi ke ? =='

semoga awak tak termasuk golongan Syirik .

nauzubillah .

"saya tak pernah jumpa orang macam awak , awak lain dari yang lain "

kutip satu persatu huruf tu , then simbah dalam toilet lagi okay saya rasa .

budak-budak umur 4tahun pun xlayan ayat awak tu laaahh .

" selama hayat saya , saya hanya nakkan awak dalam hidup saya . 
saya janji akan jaga awak sampai bila-bila "

saya harap 'sampai bila-bila' awak tu merujuk kepada esok .

:: HABES AWAK NAK SAYA CAKAP APA ? ::

diam . pergi solehkan diri . supaya nanti , andai awak yang tertulis untuk saya , haa time tu awak dah bersedia lah untuk jaga saya yang tak berapa nak solehah ni . bukan mudah nak jaga saya yang sorang ni . tak percaya tanya Ummi Abah lah kan . ni baru saya , anak saya nanti ? kompem and 4sure dah ikut perangai saya , so ? are you ready ?

kalau setakat dengan ayat-ayat awak tadi tu , bukan kata nak sampai kiamat , belum nak masuk kubur pun , murka Allah menemani . Nauzubillah .

:: AWAK ::

kat mana pun awak , dengan siapa pun , buat apa pun ,

bersedialah untuk saya :)

TERIMA KASIH AWAK ^__^

semoga Allah kaseh ~



:: Sampai Hati Awak ::

kenapa tiba-tiba tinggalkan saya ?

awak dah janji dengan saya , bulan5 tahun lepas .

awak takkan tinggalkan saya lepas apa yang dah jadi antara kita sebelumnya .

tapi sekarang ? mana janji-janji awak ?

sekejap je awak bertahan dengan saya .

sekarang awak menjauh .

saya tak tahu nak buat apa tanpa awak :'(

awak tolonglah , secepatnya .

kembali pada saya .

saya perlukan awak . sangat perlu .

kenapa ? awak tanya kenapa ?

awak ni memang nak kena .

sebab awak yang selama ni simpan semua perkara-perkara penting saya .

ASSIGNMENT . 

GAMBAR-GAMBAR .

LAGU-LAGU .

BINGKISAN HATI SAYA yang banyak tuuh .

semua ada pada awak .

saya simpan rapi dan kemas dalam folder awak .

so jangan buat-buat tak tahu boleh ? =='

awak , tolong ea ?

sebelum saya balik KIAS ni ,

pastikan saya dapat awak balik . kay ?

sesak nafas saya tanpa awak taw takkk T_T

so , cepat-cepat sihat dan setelkan hal awak tu then ,

come back to me .

i'm waiting for you , Dear .

*with Love_Toshiba_

Monday, January 14, 2013

:: Baby Sayang ::



Baby ! hee .

Ibtisam Insyirah bt Mubarak .

anak sepupu yang entah ke berapa ,

tapi paling disayangi dicintai lahh Ibtisam nii :)

kenapa ?

bukan pilih kasih ,

mungkin sebab , ummi nya Nor Hafawati bt Hussin tu merupakan sepupu yang paling rapat denganku ,
dan sudah dianggap macam seorang KAKAK dah .

ketandusan kaseh sayang seorang kakak ke Amniey =.='

baby yang sorang ni ,

dah lahh jumpa dia buat pertama kalinya time umur dia TIGA BULAN ! 

haihhh . tak adil betul .

sejak pertama kali jumpa , memang dah jatuh cinta dengan Ibtisam <3

tak boleh nak jauh kejap pun , 

sampai ummi dia tu ,

asal baby celik mata je ,

dia akan mesej .

'baby dah bangun , mari lerr ngasuh'

huhuhu . 

even time tu tengah tidur pun , terus bangun !

nasib baik rumah dekat jee .

sekarang ni , dah dekat sebulan tak jumpa .

boleh dikatakan setiap hari tengok pic dia .

teringat . RINDU sangat nak dukung dia , kiss baby . 

selalu hanya mampu call dan dengar dia menangis . 

aduhh baby sayangg , jadi anak solehah yaa :)

tak lama nanti kita jumpa .

ummi , jaga ibtisam baik baik :)

sayang kat dia ni ,

rasanya macam sayang seorang ibu kat anaknya .

ya Allah , pelihara dia dari segala kekejian dunia .

rahmatinya menuju Syurga abadi . ameen .


Sunday, January 13, 2013

Tersenyum Si Hati ~


Gambar penghias Hati :)

tulisan berbicara . kali ini ia bertandang lagi .

mampu atau tidak , sungguh aku tidak tahu . 

namun Hati , sentiasa Mahu .

mahu , mahu dan mahu .

Allah , Engkau sedang mendengarkah ?

mohon diperkenankan :')

Kembar Impian Terbesarku <3

Saturday, January 12, 2013

Awak , Kenapa ?

Salam tahun baru :)




awal-awal dah senyum dah , biarpun hakikatnya entri pertama untuk tahun baru ni berupa KESAKITAN yang sangat mendalam .

awak , kenapa ?
bila saya kata saya sayang , saya betul-betul maksudkannya . awak tak tahu ke ? atau awak buat-buat tak tahu ? atau , awak suka dengar ungkapan tu lahir dari sekeping hati yang tak pernah awak hargai pun . awak seronok dapat mainkan rasa hati manusia ? macam tu ke awak ?

awak , kenapa ?
saya tak pernah punya rasa ini , dengan manusia lain . dengan insan lain . mungkin , pernah berkali-kali cinta saya diduga . cinta saya diminta-minta . dipuja-puja . tapi semuanya itu , sedikitpun tidak mencalar Cinta yang ingin saya kongsikan bersama awak sekarang ni . tapi awak ?

awak , kenapa ?
kenapa awak beri harapan pada saya andai sebenarnya awak tidak mahukannya ? awak merasa terpaksakah ?

awak , kenapa ?
bila dekat dengan awak , terkadang diri merasa sangat sempit . terkadang saya menjadi benci dengan perasaan yang saya punya . awak menjadikan Cinta saya ini sesuatu yang hina . apakah semuanya ini awak ?

awak , kenapa ?
saya tidak pernah memaksa . saya mengerti PERASAAN ITU BUKAN SESUATU YANG BOLEH DIPAKSA . namun susahkah untuk berlaku jujur ? cuma perlu Jujur . itu sahaja . susahkah awak ?

awak , kenapa ?
awak memberi saya Sakit . Pedih . tidakkah awak tahu ? tapi apa salah saya awak ? salahkah saya dengan perasaan saya ini ?

Awak , Terima Kasih . awak yang pertama menguji Cinta saya . saya tk mungkin dapat melupakan semua ini . kerna Awak , Yang Pertama . dan insyaAllah , Yang Terakhir buat saya .

kenapa terakhir ?
Awak yang terakhir , yang saya nekad mahu membenihkan Cinta bersama . selepas awak , tiada lagi . yang ada hanyalah Si Dia , yang Ikhlas mahu menyubur Cinta bersama saya . dan dialah , Imam Dunia Akhirat saya .

walaupun saya pernah berharap , awaklah yang akan mendapat gelaran tersebut , namun ternyata awak bukanlah yang selayaknya .

Mohon Allah , Engkau permudahkan segalanya . Hati pinta dikuatkan .