Tuesday, April 23, 2013

Layakkah aku untuk Jatuh Cinta ?

aku sudah jatuh cinta .

aku sedar dia lah yang selama ini menjadi pujaanku .

setiap saat aku merindukannya .

eeeuuuuwwwww ! GELI . titik .

jatuh cinta ya ? jom kita muhasabah dulu .

dah cukup ke belum list2 kat bawah ni sebelum nak jatuh cinta tu ?

Bismillah :))

*pertama dan utamanya , nak jatuh cinta , kalau time  solat tu , ada tak perasaan takut2 , solat kita ni Allah terima ke tak ? sah ke ? sempurna ke tak ?

*keduanya , bila keluar rumah atau ke mana2 , aurat tu mampu cover dah ke belum ? dari sekecil2 perkara , stokin , tudung yang tutup dada , lengan baju yang sempurna penutupannya dan semualah ? dah ke belum ?

*puasa , selalu ganti time bila ? akhir Syaaban ke ?  ke Qada' untuk dua tahun terus ?

*dengan sahabat2 , perasaan sayang tu memang tersemai kerana ALLAH atau semata2 untuk ramaikan geng ?

*dengan ahli keluarga , kasih sayang tu membatasi segala ke tidak ? atau pergaduhan tu dah jadi makanan asasi dalam kehidupan ?

haa , pelik ? kenapa perlunya semua ni ? nampak simple je kan ? benda biasa lahh . ha jangan nak biasa sangat , setiap darinya , perlu kita amik berat .

apa kaitan jatuh cinta dengan solat ? jatuh cinta dengan Ibadah itu merupakan kewajipan kita sebelum nak jatuh cinta dengan insani . jangan jatuh cinta dengan manusia sebelum berhasil jatuh cinta tentang kewajipan kita :) serius , anda takkan menyesal . bila solat khusyuk , tenang..terasa sempurna dan sah solat kita , perasaan kita automatik akan bertambah cemerlang gemilang terbilang terhadap orang yang kita cinta tu . cemana pulak ? yelahh , ikhlas dalam Ibadah , maknanya kita berjaya berkomunikasi dengan ALLAH :) kita berjaya meraih cinta ALLAH . dan janji ALLAH untuk hamba yang menurut segala perintahNYA tu pasti kan ? insyaALLAH . berbanding cintakan seseorang sebelum mengenal cinta Allah , kita takkan dapat hasil pun :')

aurat masih terdedah sana sini ? macam mana nak jatuh cinta ? sekarang pun kita tak kesiankan ayah kita yang nampak je tenang , kerja dalam aircond dan ofis cantik apa bagai , hakikatnya kita dah pun tempahkan tiket untuk ayah kita ke neraka tahu tak ? hati batu ke apa kita ni , tak cukup dengan ayah , dengan orang yang kita cinta sekali kita nak heret ke neraka ? nauzubillah . yang pakai tudung tu dah cantik dah , dada pulak nampak . baju pulak pendek tak sampai ke paras punggung . ketat pulak ? alaahai , sedangkan hukum wanita mengandung . WANITA MENGANDUNG tu hukum bagi mereka kalau pakai baju yang menampakkan susuk perut mereka yang sedang memboyot tu, HARAM tahu.. haa . itu mereka yang mengandungkan anak  . kita ni ? mengandungkan makanan je pun . apatah lagi kan ? tak susah pun awak :)) tak semestinya pakai jubah , besar2 , kain tebal . takk .. pakai blouse , skirt panjang tak jarang tuu , pakai seluar slack ke , wahh .. cantik sangat dah tu , pakai stokin ,  tertutup lah kan ? simple :) Islam itu mudah , tapi jangan sesekali kita mudahkan .

puasa kita pulak ? haa , jatuh cinta dengan manusia , tapi puasa tak cukop ? itu normal sebenarya . huhu . puasa yang tak cukop tu tak diganti ? ataupun ganti , last2 minute ? alaaahaii , susah sangat ke ? kat situ pun nampak dahh , sama lah macam Ibadah solat kita tadi , tingkatkan :)


macam mana pulak kita dengan adik beradik kita ? kawan2 kita ? 'air yang dicincang takkan terputus' kan ? ini perumpamaan untuk hubungan kita dengan ahli keluarga . kalau dengan family pun kita tak boleh nak berbaik2 , mesra alam dan sebagainya . apakah kita layak untuk jatuh cinta ? apakah kita layak untuk melebihkan manusia lain berbanding keluarga kita sendiri ? kat mana kita letak harga atau nilai kekeluargaan kita tu ? nak campak mana ? :) fikirkan , kita bukak je mata , kita nampak ayah . kita menangis lapar , kita kenal ibu . kita bosan main sorang2 , kita bertemu adik beradik yang lain . umur menaik sikit , kita kenal dengan kawan2 kita , jadi ? patut ke kita pinggirkan yang utama ni untuk yang kat belakang tu ? yang belum pasti pun akan kekal dengan kita , yang belum tentu mampu dan boleh sayangkan kita macam dorang tuu ? jangan jadi 'kacang yang lupakan kulitnya' :))

kalau yang kat atas ni dah terjawab , anda sendiri lah tentukan . layakkah aku untuk jatuh cinta ? masa depan aku sendiri macam mana ? penerimaan keluarga nanti bagaimana ? lainlah , kalau anda jatuh cinta itu untuk saja2 . suka2 . haa itu terpulang . tak perlu fikir solat , keluarga dan sebagainya . fikir DOSA PAHALA je :)

secara peribadi , kalau saya sendiri . bohonglahh kalau tak pernah jatuh cinta kan ? :)

tapi untuk diri saya , bila saya jatuh cinta . perkara pertama saya akan fikirkan .

apakah Allah akan redha dengan akhlak si dia tu ? ummi abah boleh terima ke kehadiran dia nanti ? agamanya bagaimana ? kalau tidak okay , masih boleh dibentukkah ? kalau dah okay , akan berkekalan begitukah ? siapa tahu kan ? dan , bolehkah dia jadi pemimpin untuk mencapai matlamat yang satu tu nanti ? biarlah , kita jadi seorang yang pentingkan diri . biar apa orang nak kata . motto kita ,

'aku nak , dia bawak aku pergi Syurga . aku nak , dia tolong aku untuk mudahkan urusan aku kat Negeri Abadi nanti . aku nak dia macam tu ,'

selfish kan ? takpe , selfish dalam hal ni amat dituntut :) kalau dia berjaya bawak kita ke Syurga , maknanya kita tak bersendirian , kita ada dia bersama2 :') kata nak sama2 kan ?  insyaALLAH ~

^___^



No comments:

Post a Comment