Saturday, December 24, 2011

beza Jauh dan Dekat.

bila dekat,rase nak berjauhan..
bosan..rimas..
tapi bila dah jauh..
ya Allah...
ujian Rindu betul-betul mendatangi..
semua benda yang dibuat,rasa macam tak kena..
asyik-asyik teringat...rasa nak bersama lagi..rasa nak tengok wajah-wajah suci tu dekat-dekat..
'rindu'....
tapi,hakikat diterima..
kata bonda,

"kalau nak belajar jauh-jauh,kena jadi seorang yang betul-betul kuat..
kuat dalaman..kuat luaran..tak boleh manja-manja...tapi walaupun jauh,jangan sesekali lupa umi abah..adik-adik kat sini..keluarga asal mana dan macam mana..senang cite jangan lupa diri laaa.. nak belajar memang kena susah..susah sikit atau susah banyak tu yang kita tak tahu..tapi,untuk apa sekali pun yang kita buat,risiko tetap ada dan kita kena pandai tanggung..
jauh tak semestinya lupa..lama tak jumpa tak semestinya tak rindu.."

inilah kata-kata keramat seorang ibu yang sentiasa tersemat utuh di hati ku..
yang kini jauh dimata..tapi dihati, bonda 'number one'... :)

dan dikejauhan ni...
daku ingin memohon berjuta kemaafan atas segala khilaf dan salah silapku selama bergelar puterimu ini..
terlau banyak dosa dan kesalahan yang ku zahirkan padamu bonda..

'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'

selayaknya ibu-ibu diberi penghormatan yang sebegini oleh Yang Esa..
dan Tuhanku..
terima kasih atas anugerah terindah ini^^

sayangg ummi !! (^_^)

Thursday, December 22, 2011

si Kecik dan si Besar




istilah yang sangat bermakna buat diriku dan juga dirinya :)


ada janji..ada ingatan..ada kenangan..


bersama si dia..




demi menuntut janji Allah yang satu,kami melestarikan kata-kata


"kita bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah dan kita akan bertemu kembali kerana Allah jua ^^ "




ada doa yang tak pernah putus antara kami..dan itu yang menjadi penguat untuk persahabatan yang sangat bererti ini..




andai kesudahan yang terbaik itu bukan milik kita..maka ketahuilah, telah terukir satu nama indah yang akan menjadi pendamping dan bidadari Syurgamu kelak :)




janji Yang Esa,jangan dipertikai,kan ? :)


apa pun,bagi yang merasa sangat sukar untuk melepaskan insan tersayang buat masa ini,kerana sudah terbiasa sentiasa bersama dia,maka jangan kau gusar,kerana ada baiknya dikau menangis kerana sakitnya meninggalkan atau ditinggalkan sebelum melangkah ke alam yang lebih parah dan derita sakitnya apabila kau ditinggalkan.. :) mengertikah?




kerana 'wanita yang solehah itu untuk lelaki yang soleh'


janji yang tersemat kemas dalam WahyuNya yang pasti.,jadi tidak perlu untuk diragui :)


insyaAllah apabila keyakinan terhadapNya telah menjadi sebahagian dari diri kita,maka qada' dan qadar yang ditetapkna akan menjadi sesuatu yang sangat membahagiakan kita pastinya :)




buat si soleh dan solehah diluar sana, berpeganglah pada janji Allah..


rebutlah cinta Sang Pencipta,nescaya cinta lelaki dan wanita solehah turut kau miliki :)




buat diri ini..


dan dirimu jua....


semoga bertemu dengan jalinan yang telah menjadi ketentuan Yang Esa ;)


Friday, December 9, 2011

bila Hati tak sudi..

hati masih belum terbuka,masih belum teringin,masih belum ingin mencuba..
kenapa hadir di waktu dan ketika yang salah ?
mungkin kau juga tiada jawapannya. ya, Allah penyebab semua ini katamu.
tapi sedikit pun ianya tidak terkesan oleh ku.
'maaf...'
hanya itu yang mampu ku ungkapkan..
perjalananku masih jauh. dirimu jua.
dan doaku, semoga dikau bertemu dengan 'seseorang' yang ternyata mampu mengisi kekosongan di hati dan dalam hidupmu..
dan buat diriku,.
tugas utama untuk ketika ini adalah.
-berjihad
-belajar dan tamatkan semua ini dengan segera agar cita-cita akan tercapai
-laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak yang solehah,mahasisiwi yang cemerlang,sahabat yang baik dan juga hamba yang sedia dengan segala yang bakal mendatang.
insyaAllah~


'andai dia adalah jodohku,maka dekatkanlah hati kami,
andai dia bukan jodohku,maka Kau Maha Mengetahui dan Memahami setiap yang berlaku dan janjiMu dengan hikmah kejadian yang menimpa..aku mengerti dan menanti segalanya bermula kembali terjalin atas landasan dan jalan yang benar...'

kepadaNya jualah kita kembali.

Tuesday, November 22, 2011

dengar dan hayati =)




sangat mantap dan elok suaranya. kagum ? pastinya =) alunan suara yang begitu lunak sekali dan pandai 'main suara' .


namun tak dilupa, kagumnya diriku bukan pada mereka,tetapi pada Sang Pencipta yang diatas sana. atas sifat Maha Hebat nya Dia, memberi kelebihan kepada mereka yang dipilihnya.juga lirik yang sangat membuka mataku terutamanya,tentang kisah Nabi Allah Sulaiman dengan Balqis.


tahniah, UNIC. kerana terpilih. dan salam perjuangan dan semoga terus berjaya =)


Ku Merayu PadaMu


Ya Tuhanku,
dalam sayu ini,
ku masih merayu..
kiranya Kau hulur sisa simpati,.
untuk hatiku yang masih berharap..

Tuhan....
ku pinta segalanya terlerai..
walaupun aku tidak pasti,
apakah masih membara dosaku??
di lautan derhakaku terus berombak..
menghempas taubatku yang kian retak..

Oh Tuhan!!..
ampunilah aku..
jiwaku yang masih kelayuan ini..
Tuhan,..
sambungkanlah cintaku yang terputus,
dengan cintaMu yang Maha Kudus..
agar kasihMu hadir di hatiku,..

Biarlah dosa-dosa nan lalu,
terkubur di lipatan kenangan..
ku merayu dan terus merayu..
hanya padaMu...
buat menuju jalan yang satu..
insyaALLAH..

Ya Hannan


denai hijau,langit biru,gunung kelabu..
bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
yang menyuratkan sebuah keindahan..
tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
cermin alam yang memantulkan keindahan Tuhan..


denai,langit dan gunung..
adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
pada limpahan nikmat selaut indah
ke mana tumpahnya munajat seraut sembah?
sekian lama melihat alam penuh teratur
mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur??


denai,langit dan gunung..
adalah pantulan lambang biasan tamsilan
gunung..bagai pasak teguh kemurnian iman
langit..hamparan saujana kelapangan Islam
denai..lembah subur selembut ihsan
adalah citra di kanvas yang dihiasi..
rasa kehambaan..


ketika sunyi diri berwacanalah diri di dalam diri
Ya Hannan,teguhkanlah imanku..
seteguh gunung itu..
Ya Mannan,lapangkanlah Islamku..
selapang langit biru..
dan lembutkanlah ihsanku,
selembut rumput di denai itu..
nescaya bertamulah diri yang hakiki
di kamar hati yang cinta Ilahi..


Ya Allah..
tika gagahMu bercermin alam sepenuh
terasa lemahku mencengkam diri seluruh
dan kolam hatiku takkan selamanya keruh
InsyaAllah!

Kemanisan Ukhuwah


INDAHNYA UKHUWAH..

sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
"tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri..

Demikianlah keindahan islam..jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsu-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman..

Untuk menyempurnakan seruan ini, cuba kita peraktikkan perkara di bawah.. semoga dengan cara ini, ukhuwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis..

1- Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu..
sabda Rasulullah:
"jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya..

2- Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah..
Umar al-khattab berkata:
"saya minta izin kepada baginda untuk mengerjakan umrah.. baginda membenarkan dan berpesan' jangan lupa doakan untuk kami bersama"
(riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

3- Segeralah bersalam apabila bertemu..
sabda Rasulullah:
"tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah..

Sunday, October 30, 2011

Kahwin dulu baru boleh Dating ~




ramai sungguh manusia zaman sekarang ni yang senang-senang je nak ajak anak dara orang keluar 'lepak' sana sini. wah wahh..ada pulak ibu bapa yang benarkan anak-anak mereka bersosial dengan alasan..
'jangan la jadi orang tua yang tak sporting'
'ala biasala anak-anak muda sekarang kena diberi kebebasan sikit'
'open-minded la sikit,takkan taknak bagi anak-anak bergaul? mereka pun dah besar,boleh fikir sendiri'

wahh..mesti seronok anak-anak yang ibu bapanya berfikiran sedemikian rupa. memang..sporting ye? yang sporting tu lah nanti yang akan diyanya serba-serbi tentang perlakuan anak-anak.bila ditanya anak-anak akan menjawab " ibu bapaku memberi izin dan tidak melarang"
jadi apa kata ibu bapa pula? azab lah jawabnya.
ada juga yang memberi alasan,kami tidak belajar agama,tidak tahu tentang semua itu.
jadi hidup di dunia ini untuk apakah? berani jawap tidak pernah belajar, jadi jawablah,kenapa tidak pernah berusaha untuk belajar?

nauzubillah.
semoga ibu bapa pada hari ini akan sentiasa diberi Hidayah dariNya^^
renungan untuk diri ini terutamanya ~

cAdBuRy Ku :)



"cadbury blackforest"
the best ever =) terima kasih kepada pencipta cadbury ku. sangat sedap.sangat lazat.ingin cuba ? anda tidak akan rugi =)
akan menjadi santapanku di saat aku :
-lapar
-boring
-tension
-teringatkan seseorang
-dan cadbury ni singgah di mata ku pada bila bila masa dan di mana jua =)

sudah cuba? pasti anda akan berkata "kamu seorang yang jujur"
belum cuba? pasti terasa ingin mencuba .
selamat mencuba ^^

Dia..


Dia..
Sape nakal? Dia.. sape selalu buat masalah? Dia.. sape selalu buat hati ni sakit? Dia.. sape dia tu?? Dia.. dia lahh..seseorang yang amat bermakna buatku..dalam hidupku ini, sememangnya dia sering sekali melukakan hati ni.. sering berkasar denganku..sering menuduhku..sering membuat hati ini geram,sakit..dan.entahlahh..macam macam yang ku rasa bila dia ada bersama..
Tapi bila dia jauh…hati ni macam..risau..tak tenang..gundah je,,..kenapa enth??
Mungkin rindu..rindu untuk dengar suara dia yang selalu marah-marah.. rindu nak tengok muka dia yang sering sekali buat adik-adiknya menangis dan tak keruan sebab dia..nakal kan? Tapi dia..ada istimewanya dimata dan hati ini..
Ku harap dikau mengetahuinya.. sebagaimana pun dirimu..nakal,..pemarah..namun masih ada yang amat menyayangimu..tidak percaya? Sebak sungguh hati ini tatkala mendengar cerita yang bukan-bukan tentang dirimu.. seolah-olah..tiada yang baik..semuanya buruk bila berkenaan dirimu..
Menitis air mataku ini… kenapa begitu sekali mereka menilaimu? Apa salahmu? Apakah benar engkau yang sedemikian rupa??... tidak ku percaya.lantas..bila ku jujur padamu..meluahkan segala yang terbuku dihati ini…aku dapat lihat,jauh disudut hatimu..kau bukanlah seperti yang mereka katakan… kau istimewa buatku pastinya… aku juga dapat merasakan betapa kau menyesali dengan segala apa yang telah mereka katakan tentangmu.. namun percayalah, aku tahu kau akan berubah. Bukan begitu?
Umi dan abahmu juga sangat menyayangimu.. begitu juga aku.. dan kerana sayang inilahh..aku ingin kau menjadi yang terbaik dimata semua..kerna ku tahu,dirimu yang sebenar adalah seorang pahlawan soleh yang sedang berjihad untuk menegakkan keadilan dimuka Bumi Allah ini..bukan begitu? Justeru itu, aku disini..walaupun aku tidak dapat sentiasa berada disisimu,namun doa dan kepercayaanku ini akan seiring dengan perjalananmu dalam menutuntut ilmu Allah ini..
Jangan risau,jangan gundah..biar semua orang mencacimu, biar semua orang membencimu..biar semua orang menggapmu tidak baik,.namun mereka buta tentang satu hal.. mereka juga sedang diperhatikan oleh Allah tentang perbuatan mereka itu..
Aku percaya..telah tersurat takdir terindah untukmu di atas sana.. kerna Dia yang di Atas sana lebih berkuasa..Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dihati setiap yang bernyawa ataupun tidak bernyawa…
Doaku untukmu….semoga segala pengorbanan dan istiqamahmu akan mendapat kebaikan dari Ilahi.. aku sentiasa disisimu…sebagai seorang yang akan sentiasa mendorongmu untuk setiap kebaikan dan perjalanan hidupmu..
Kerna aku..insan yang bergelar KAKAK untukmu..dan kau.. ADIK yang amat aku sayangi..< 3