aku tak pinta disayangi .
aku tak minta dicintai .
aku tak mahu diminati .
aku benci disanjungi .
sukarkah mengerti ?
sungguh ,
aku silap kerana berharap manusia akan mengerti situasi dan perasaanku .
aku salah kerana beranggapan dia akan akur dengan takdir hidupku .
usah bilang kau akan pergi ,
mulakan langkahmu .
hilangkan bayangmu .
hapuskan jejakmu .
kerna itu pintamu , sedari dulu .
cermin diri ?
tak sedar diri ?
aku mohon , hentikan kata-katamu .
setiap darinya mengundang hiris dijiwaku .
aku mahu ini berakhir .
kerna kau tak pernah mengerti .
apakah mungkin ,
kerna aku juga tak pernah mengerti kamu ?
:')