Wednesday, April 23, 2014

kerana dialah Gadis itu .

malam ini , ada mutiara yg tumpah .
gugur bersama penyesalan yg mungkin tiada gunanya .
jatuh membasahi pipi dan tapak sujud .
entah apa yg bermain difikiran ,
dosa ? taubat ?
 
semuanya berkait emosi dan perasaan .
malu mahu mengaku hati terlalu rindukan belas kasihNya ,
terasa sangat kerdil dan dosa yg menggunung menjadi pendinding ,
hinggakan cintaNya tidak sampai ke permukaan hati .
 
bila mana kasih seorang gadis daif itu dirai .
penyempurnaan hak bagi separuh agama insan lain ,
sungguh pilihan itu tidak membantu ,
ia malah menyukarkan kehendak hati itu sendiri .
 
bukan salah pihak lain .
mencintai dan ingin dicintai itu fitrah .
namun takut sekali dengan ancaman tersalah membuat pilihan .
Allahuu .. istikharahlah wahai gadis .
ia pasti sangat menbantu .
 
aku mengetuk hati si gadis dengan sebuah persoalan ,
apa mahumu dr sebuah percaturan hidup dan hubungan yg halal ?
 
'aku mahu dunia akhirat yg diredhaiNya ke atas setiap perilaku ku..'
 
ringkas . namun cukup tertusuk .
kerana itu si gadis menjadi tidak yakin .
bagaimana andai Allah tidak redha ?
 
nauzubillah .
seluruh dunia seolah menghukumnya .
mengherdik sikapnya .
mencerca dirinya .
 
Allah .. gugur lagi mutiara jernih itu .
seolah tidak mahu berhenti .
usah bazirkannya wahai gadis ,
biarkan ia jatuh dengan alasan yg selayaknya .
lalu diusap titisan yg melimpah keluar .
perlahan dan sayu ,
dia benar2 mahu berada dalam dakapan cinta Ilahi saat itu .
 
wahai gadis.. dengarlah..
Allah itu sgt dekat denganmu .
Dia ade disisimu .
peluklah kitab junjungan .
pasti kau merasa tenang dalam pelukan itu .
 
kali ini dia bangkit .
meletak tepi air mata yg tumpah .
tangisan yg beresak semakin tidak kedengaran .
tadinya seakan terjatuh kini dia bersemangat .
meneruskan jihadnya .
 
ya , dia sudah diberi kekuatan !
cukup dia tahu ,
Allah masih memberinya peluang .
melangkah deras dengan iringan keberkatan disetiapnya .
ya , ayuh ! bangkit .
moga redha Allah sentiasa bersamamu wahai Gadis (':
 
 

No comments:

Post a Comment