Wednesday, April 10, 2013

Kerna Aku Wanita ~




Aku wanita ,
Tidak secantik dia ,
Namun kau sesekali tidak punya hak untuk mempermainkan rasaku .
Memperlekehkan kejadianNya buatku ,
Kerna aku punya hati .


Aku wanita ,
Tidak selembut dan seayu dirinya .
Namun kau tidak perlu untuk membanding2kan diriku dan dirinya .
Masing2 punya kelembutan berbeza .
Hanya yang celik mampu menilai dan melihat dengan mata hati .


Aku wanita ,
Tidak sekuat dia ,
Meskipun begitu kau tidak layak untuk memijak diriku atas kelemahanku .
Kerna kau tidak akan pernah menyangka ,
Saat aku bangkit nanti ,

Akulah insan terKuat yang diciptakanNya .


Aku wanita ,
Tidak seramah dia ,
Kerna itu kau katakan aku bisu , sombong !
Mungkin kau tidak memahami aku cuba memelihara syariat .
Peraturan Allah yang sekian lama tertegak diBumi ,
Namun kau kelihatan seperti mahu mencemarkannya .


Aku wanita ,
Tidak sporting sepertinya ,
Yang senang lenang menerima pelawaanmu untuk ke sana sini ,
Menemani dan memenuhi kehendak nafsumu ,
Oleh itu aku kau gelar pengecut ,
 ketinggalan zaman .
Biarlah aku dilihat sebagai pengecut dimatamu ,
Asalkan Allah melihat aku sebagai seorang yang mahu syahid di jalanNya ,
Kerana usaha menegakkan apa yang seharusnya tertegak .
Sedang kau ? kau lah yang bakal kecut dihadapanNya nanti .
Tak takutkah ?




Dan aku wanita ,
Wanita yang tidak pernah sama dengan wanitamu .
Dan aku berbangga dengan itu .
Aku takut mahu menjadi seperti wanitamu ,
Awal2 sudah berjanji mahu menemanimu ke Neraka .
Apakah aku sudah punya tiket ke Syurga ?



Belum !
Kerna itu aku masih sangat takut .
Khuatir Allah tidak menerima amalan dan kebajikanku untuk mendapatkan kunci Syurga .
Risau Dia tidak memandang kepada segala usahaku ,
Yang mungkin kelihatan besar dimata manusia ,
Namun padaNya , siapa yang tahu ?


Aku Wanita ,
punya sejuta kelemahan ,
dan aku berusaha menghindarinya .
terkadang aku berjaya ,
selalunya aku gagal .

Aku Wanita ,
yang mahu terus bangun ,
bangkit .
memandang kepada destinasi kekal .
Ukhrawi yang abadi .




untukmu ,
peliharalah wanitamu ,
jika benar kau sayangkan wanitamu itu ,
pimpin dia ke jalan Syurga ,
bukan bersama bersedia meniti Jahannam nanti .
kerna itu bukti cintamu terhadap wanitamu .


No comments:

Post a Comment